Masa depan pelbagai kaum bersama PAS

- Advertisement -

(Teks transkrip dan suntingan dari ucapan Presiden PAS dalam Majlis Luncheon dialog perpaduan nasional PAS Selangor di Restoran Zam-zam, Shah Alam pada 25 Mac 2018 yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)

- Advertisement -

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ

“(Kata Allah di dalam al-Quran) Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu wahai manusia, bermula daripada seorang lelaki (Adam) dan seorang perempuan (Hawa). Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa, bersuku-kaum, dan berpuak-puak. Supaya kamu berkenalan di antara satu sama lain. Yang paling mulia kalangan kamu ialah yang paling bertakwa (yang paling patuh kepada perintah Allah).”

(al-Hujurat: 13)

Bersaudara

Banyak kalangan memberi sikap yang salah faham terhadap Islam. Pembacaannya melalui buku-buku dan penulisan orientalis, penulisan orang-orang Barat yang bersikap musuh, dengki terhadap Islam.

Sepatutnya mereka membaca terjemahan Quran dan sumber Islam yang asal itu. Islam tidak boleh ditakrifkan, didefinisikan hanya kepada agama ataupun religion. Islam daripada perkataan ad-Din. Di dalamnya urusan-urusan agama. Di dalamnya urusan-urusan politik, ekonomi, way of life, cara hidup manusia yang merangkumi segala aspek kehidupan. 

Dengan sebab itu, Islam bukan sahaja agama yang berkait dengan ibadat, dengan moral, akhlak, aspek spiritual. Islam juga berkait dengan masyarakat, bukan terkongkong dengan satu umat, bahkan kepada seluruh manusia.

Quran yang saya baca tadi Allah mengatakan manusia semuanya adalah bersaudara. Walaupun mereka berbagai agama, berbagai bangsa, asalnya daripada satu bapa dan satu ibu. Sebenarnya mereka berkeluarga besar, mereka diwajibkan berkenalan dan berhubung kerana manusia dinalurikan, difitrahkan, disifat semula jadikan bermasyarakat Madani.

Dengan makna manusia tidak boleh hidup bersendirian seorang, tak boleh hidup satu bangsa sahaja, satu negeri sahaja. Mesti berhubung di antara satu sama lain. Kerana segala keperluan manusia yang asasi, makanan, pakaian, tempat tinggal, walaupun berbeza agama, ada perbezaan. Tetapi di sana ada satu konsep mesti bermasyarakat Madani, berhubung di antara satu sama lain.

Pakaian yang kita pakai daripada kain semua bangsa ada pakaian walaupun berbeza, daripada kain. Kain daripada benang. Benang daripada kapas. Kapas mesti ditanam, mesti ada cangkul, ada besi, ada logam. Banyak sumber-sumber untuk menghasil hanya satu pakaian sahaja. Maka ada bangsa yang bertani, bangsa yang berniaga, bangsa yang berindustri, yang melombong, yang bertukang. Dibahagikan hasil-hasil yang berbeza di seluruh dunia, hendaklah digabungkan di antara satu sama lain untuk menghasilkan keperluan pakaian, makanan, mesti dicampur, dimasak, diletakkan rempah ratusnya. Menggunakan alat-alat logam yang dilombong dan digali.

Menunjukkan manusia mesti berhubung di antara satu sama lain. Sepatutnya mereka tidak berperang, mereka tidak bergaduh. Islam menganjurkan semua manusia adalah bersaudara. Islam mengharamkan paksaan dalam agama. Walaupun diwajibkan pendakwah mengajak manusia kepada Islam. Tetapi diharamkan paksaan dalam agama.

Diwajibkan adil untuk semua. Sekiranya kita membuka al-Quranul Karim, kita akan dapati semua Rasul-rasul yang membawa Islam, orang Islam wajib beriman kepada semua Rasul-rasul, semua Rasul-rasul mesti orang Islam percaya. Bukan sahaja Adam, Adam, termasuk Ibrahim. Bahkan Ibrahim dikatakan sejarahnya yang mencipta agama Islam yang diubah menjadi agama Hindu.

Ibrahim menjadi Brahma, kemudian diubah kisah dan ceritanya. Tetapi ada penemuannya. Termasuklah Nabi Musa yang disanjung oleh orang Yahudi, Nabi Isa disanjung oleh Kristian. Orang Islam wajib beriman dengan semua Rasul-rasul ini.

Dan manusia bersatu beriman kepada tuhan yang satu. Semua percaya kepada Allah, tuhan, Allah, God, dengan bahasa masing-masing. Perbezaannya ialah dari segi tauhid. Ada agama yang melantik tuhan-tuhan yang lain daripada Allah. Ada agama yang meletakkan sifat tuhan kepada makhluk-makhluk yang lain kepada makhluk-makhluk. Ini perbezaan. {mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Pendekatan damai

Namun di dalam hubungan bermasyarakat, hubungan berpolitik disuruh bersaudara. Disuruh adil untuk semua. Rahmat kepada semua. Ini diajar oleh Islam. Bila memerintah negara, dalam aspek politik melibatkan semua agama dan semua kaum. Dalam aspek ibadat kita berbeza.

Bila memerintah negara, Islam membenarkan kepada kaum dan bangsa. Al-Quran melaporkan, Rasul-rasul menganggap bangsa mereka adalah saudara:

وَإِلَىٰ عَادٍ أَخَاهُمْ هُودًا 

(al-A‘raf: 65)

وَإِلَىٰ ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا

(al-A’raf: 73)

Nabi Hud adalah saudara kepada kaum ‘Ad. Nabi Soleh saudara kepada kaum Tsamud walaupun kaum Tsamud tak percaya kepada Nabi Soleh. Kaum ‘Ad tak percaya kepada Nabi Hud. Tetapi mereka adalah bersaudara. Ini diajar oleh Islam.

Maka Islam mendahulukan pendekatan yang damai. Damai hendaklah didahulukan. Bersaudara hendaklah didahulukan walaupun dalam keadaan terpaksa bila Islam diceroboh, diserang. Khususnya apabila Islam menunjukkan pemerintahan yang adil untuk semua, menakutkan Raja-raja yang zalim, menakutkan kuasa-kuasa yang zalim.

Lalu mereka mengerahkan bala tentera untuk menyerang Islam, dan orang Islam berperang dengan Raja-raja yang zalim ini. Yang tak zalim tak berperang. Raja Habsyah, Najasyi Kristian, Islam tidak berperang dengan Habsyah. China yang mengadakan hubungan diplomatik dengan Islam, tak berperang dengan China.

Parsi, Rom, berlaku peperangan. Termasuk orang Arab sendiri yang tak percaya kepada Islam, yang zalim, yang kejam, menganggap ancaman. Mereka menubuh bala tentera dan menyerang. Walaupun disuruh kita mempertahankan diri, Allah mengatakan:

وَإِنْ جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ 

“(Ini Quran) Jika sekiranya mereka meminta damai, hendaklah berhenti dan berdamai.”

(al-Anfal: 61)

Berdamai, nanti ada orang yang dia tipu, dia damai untuk tipu. Tuhan kata:

وَإِنْ يُرِيدُوا أَنْ يَخْدَعُوكَ فَإِنَّ حَسْبَكَ اللَّهُ

“Kalau mereka mahu tipu, cukup Allah menolong kamu.”

(al-Anfal: 62)

Utamakan perdamaian untuk menunjukkan yang pertama titik persamaan. Yang kedua meraikan di dalam perbezaan. Ini diajar oleh Islam.

Rahsia pemerintahan Islam

Malangnya Islam yang telah berjaya memerintah negara besar 1000 tahun lebih Islam memerintah. Di Timurnya India, sempadan China. Di Baratnya Utara Afrika. Dan Selatan Eropah, Sepanyol. Ini negeri yang diperintah oleh Islam. Rakyatnya berbagai kaum, berbagai agama. Aman, adil. Mengapa, di mana rahsianya? Padahal zaman itu tidak ada alat-alat perhubungan canggih, tak ada kapal terbang, tak ada telefon, tak ada internet. Boleh memerintah dengan adil terhadap semua. Rakyat boleh terima.

Di Mesir masih ada gereja-gereja Kristian yang dibina sejak ribu tahun. Di Indonesia masih ada Borobudur, rumah-rumah ibadat Hindu dan Buddha, tak diroboh oleh kerajaan Islam. Bahkan banyak lagi negeri di Afghanistan ada patung Buddha. Yang roboh itu Taliban, bukan kerajaan Islam. Taliban ini kerajaan budak-budak, kerajaan kanak-kanak. Taliban dengan makna pelajar-pelajar.

Kerajaan pelajar yang tak alim, ini berlaku. Tapi inilah yang ditonjolkan oleh Barat. Barat menonjolkan ini. Bukan dilihat pada ajaran Islam itu sendiri. Rahsianya ialah kerana prinsip dan konsep.

Islam memerintah dengan prinsip akidah, percaya kepada Allah, percaya kepada hari akhirat. Semua amalan manusia ada perhitungan dosa dan pahala. Kalau pahala masuk syurga, kalau dosa masuk neraka. Bukan sahaja dosa dalam ibadat makan minum, termasuk dosa dalam politik. Mewajibkan orang Islam adil terhadap semua, termasuk terhadap orang bukan Islam. Nabi Muhammad berkata:

من آذى ذميا، فقد آذاني

“Barangsiapa yang menyakiti orang bukan Islam yang jadi rakyat, dia menyakiti aku sendiri.”

Ini dalam Hadis, dalam Quran, tak boleh zalim. Maka takut berdosa, takut berdosa menyebabkan orang Islam adil terhadap semua.

Yang kedua ialah konsep beriman kepada Allah dan hari akhirat. Kepada Allah dan hari akhirat. Ada dosa dan pahala. Yang kedua ialah konsep takwa, takwa menyatukan bangsa-bangsa. Kemuliaan manusia bukan dengan bangsa, bukan dengan keturunan, bukan dengan warna kulit. Kemuliaan ialah siapa yang patuh kepada Allah, pada tuhan yang tak lawan. Kemuliaannya letak kepada kepatuhan. Sifat yang mulia yang ada padanya.

Kemudian adil untuk semua. Mesti adil untuk semua. Dalam undang-undang Islam, ada undang-undang yang sama. Undang-undang yang sama, undang-undang jalan raya sama, jangan sedap fikir bila PAS memerintah kita undang-undang jalan raya beza, traffic light colour hijau orang PAS boleh jalan. Kalau merah baru DAP jalan. Bukan begitu. Itu juga undang-undangnya. Undang-undang jalan raya, lalu lintas, sama.

Ada undang-undang yang berbeza, keluarga, undang-undang perkahwinan berbeza. Makan minum berbeza, ada halal dan haram. Kita tak boleh ganggu perkara yang dihalalkan agama lain walaupun haram dalam agama kita. Ini diajar oleh Islam.

Ada undang-undang yang diberi pilihan. Mereka boleh pilih nak pilih Islam atau pilih undang-undang Sivil, boleh pilih. Ini pendekatan adil untuk semua yang dibawa oleh Islam.

PAS sebagai parti politik

Oleh kerana masa tak mengizinkan, apabila orang Islam tak ikut ajaran Islam, pemimpin-pemimpin Islam, Raja-raja Islam yang berkuasa besar zaman dulu sudah leka, tak ikut ajaran Islam. Mereka zalim, mereka jahat. Maka kerajaan Islam jatuh.

Negeri-negeri dijajah oleh penjajah Barat. Penjajah Barat. Tak ada pemerintahan Islam. Namun ajaran Islam ada, walau kerajaannya tak ada. Menjadi kewajipan kepada orang Islam menghidupkan ajaran ini, berjuang. Kalau orang Komunis dia berjuang menegakkan idealogi Komunis, Liberal Kapitalis berjuang untuk menegakkan kerajaan dia, maka orang Islam mesti berjuang untuk menegakkan kerajaan Islam.

Maka ditubuhkan parti-parti Islam di seluruh dunia. Di Malaysia ditubuhkan PAS, Parti Islam Se-Malaysia tahu 1951. Sebelumnya sudah ada parti Islam, parti Sarekat Islam zaman British 1908 diharamkan oleh British. Ditubuh lagi Parti Kebangsaan, diharamkan oleh British. Hizbul Muslimin diharamkan oleh British. Tahun 1951, kumpulan Islam menubuhkan NGO, nak tubuh politik, diharamkan. Tubuh NGO. Persatuan Islam Se-Malaya. Ini adalah NGO, mengumpulkan ulama, mengumpulkan cendekiawan Islam.

Bila British nak beri kemerdekaan ke Tanah Melayu, konsepnya demokrasi, membenarkan pilihan raya. Maka pemimpin PAS di masa itu mengubah daripada NGO jadi parti politik. Pilihan raya tahun 1955.

Bila nak ubah jadi parti politik, Presiden PAS yang kedua Dr Haji Abbas Alias, dia nak daftarkan PAS jadi parti politik, nak masuk pilihan raya tahun 1955. Dia pergi ke pejabat pendaftar pertubuhan di Kuala Lumpur. Ketua dia, bos dia orang putih. Dia punya Timbalan, Timbalan dia seorang India Hindu. Orang putih tak ada di pejabat. Ini ceritanya.

Hindu yang jadi Timbalan Pengarah pendaftar pertubuhan ini, dia ditangkap oleh Jepun dalam perang dunia yang kedua ditangkap oleh Jepun. Jepun hampir-hampir nak bunuh dia, ini cerita. Dr Haji Abbas adalah pegawai perubatan, pegawai perubatan di Kuala Lumpur. Pegawai perubatan ini dihajati oleh Jepun untuk merawat tentera dia, orang sakit, maka dia hormat Dr Haji Abbas. Dr Haji Abbas menggunakan pengaruhnya sebagai pegawai perubatan memujuk Jepun supaya jangan bunuh Hindu ini, orang Hindu ini. Beliau dibebaskan, tak dibunuh.

Tiba-tiba bila Jepun kalah, British datang jadi Timbalan Pengarah pendaftar pertubuhan. Dia tengok Dr Haji Abbas datang, Dr Haji Abbas ini pernah menyelamatkan dia. Dia Dr Haji Abbas kata saya datang ini nak daftarkan Persatuan Islam PAS ini jadi parti politik, boleh? Oh, ini orang pernah selamatkan dia, kalau tidak mati dia. Lalu dia terus sign, luluskan, orang putih tak ada masa itu.

Masa itu mudah, bukan sekarang. Maka PAS didaftarkan menjadi parti politik. Tahun 1955 PAS bertanding pilihan raya. PAS satu-satunya parti pembangkang yang menang satu kerusi daripada 52 kerusi. Parti Negara parti Dato’ Onn kalah, tak ada satu kerusi. Yang menang ialah Perikatan, Umno, MCA, MIC. DAP tak ada lagi masa itu, tak ada lagi.

Bersatu pun tak ada lagi, baru lahir bersatu ini, tak ada. Yang ada ialah Umno, MCA, MIC, Perikatan. Bertanding 52 kerusi, PAS bertanding lapan kerusi saja. Tiba-tiba menang satu kerusi di Perak, kerusi Kerian Laut di Perak masa itu, menang satu kerusi, Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein, menang, jadi ahli Parlimen pembangkang satu kerusi pembangkang.

PAS pernah jadi pembangkang. Masa itu yang lucu tak ada, Yang Berhormat tak ada lagi, tak sebut Yang Berhormat, dipanggil encik pembangkang. Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein.

Bila Malaysia nak diberi kemerdekaan, maka British menubuhkan Suruhanjaya Reid untuk menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, Federation of Malaya, dibuat Suruhanjaya Reid. Pengerusinya Lord Reid. Anggotanya Sir Ivor Jennings, macam-macam nama, semua. Hakim daripada Australia, Kanada, hakim daripada India, Pakistan, semua yang pendidikan Barat, tak ada orang sini jadi anggota Suruhanjaya Reid ini.

Bila mereka gubal perlembagaan, maka PAS di masa itu sebagai parti pembangkang telah menghantar memorendum ke Suruhanjaya Reid supaya meletakkan Islam menjadi agama Persekutuan, agama negara, desak. Masa itu orang Umno takut kepada PAS. Nanti orang Melayu tak sokong dia. Maka Umno pun sokong masa itu.

Maka dimasukkanlah Islam adalah agama Persekutuan. Oleh kerana penduduk Malaysia ada penganut-penganut agama lain, maka dimasuk perlembagaan, dijamin hak kebebasan kepada penganut-penganut agama lain.

PAS menerima, PAS menerima, menerima Islam agama Persekutuan, agama lain bebas dianut. Maka ditulis dalam perlembagaan sehingga hari ini.

Dan tak jadi masalah kepada PAS. Kerana inilah juga konsep Islam, tak jadi masalah. Cumanya kita mahu menafsirkan Islam itu ad-Din, bukan religion. Umno tak mahu tafsir dengan ad-Din. Berlakunya pertelingkahan kita dengan Umno. Kita terus jadi pembangkang.

Alhamdulillah hasilnya kita berjaya memerintah Kelantan, memerintah Terengganu dan memimpin Negeri Kedah dalam kerajaan campuran. Kita memerintah dengan prinsip dan konsep politik Islam yang ada dosa dan pahala. Mesti adil untuk semua.

Rahsia PAS

Minggu, dua minggu lepas, ada soalan di Parlimen supaya disenaraikan pemimpin-pemimpin politik yang disiasat oleh SPRM. Di mana pihak kerajaan jawab dengan betul. BN ada berapa puluh orang, saya tak perlu sebut angka dia, Pakatan Harapan ada siasat, PAS tak ada. Tak ada pemimpin PAS yang disiasat oleh SPRM. Tak ada.

Orang tanya saya, apa rahsianya? Rahsianya PAS jadikan politik adalah perintah agama. Walaupun SPRM tak siasat, tuhan siasat. Ada malaikat yang siasat, ini rahsia mengapa kita memerintah dengan adil untuk semua.

Masa kita memerintah Kelantan, Kelantan dikepung, disekat peruntukan. Terengganu, Kedah disekat peruntukan. Padahal kita menerima konsep Federalisma, ada kuasa kerajaan negeri, ada kuasa Kerajaan Pusat. Malangnya dibendung, disekat kuasa kerajaan negeri oleh Kerajaan Pusat, tidak menghormat demokrasi yang diambil oleh rakyat Kelantan, Terengganu dan Kedah. Mereka kepung.

Walaupun demikian, kita laksana dasar dan ajaran ini. Di Kelantan, di Terengganu, di Kedah. Di Terengganu, nak cerita Terengganu. Terengganu dia ada hasil petroleum, lima peratus hasil petroleum di Terengganu. Lima peratus ini sudah cukup untuk mengendalikan kerajaan negeri.

Kepada kita tak ada duit kerajaan yang bocor. Orang lain ada bocor. Kerajaan lain kalau dia memerintah, projek yang peruntukannya RM 10 juta, mesti RM 20 juta. Yang RM 20 (juta) jadi RM 40 (juta). Banyak bila kita memerintah Terengganu, kita siasat, rupanya projek yang RM 10 juta itu patutnya RM 5 juta sahaja, patutnya begitu.

Maka berlakunya jimat cermat dalam pemerintahan. Tak ada pembocoran. Oleh kerana Terengganu sudah ada hasil royalti, maka kita hapuskan cukai pintu rumah kediaman, kawasan-kawasan bandar. Kerana mengikut pentadbiran Islam, rumah kediaman adalah rukun hidup. Mesti orang ada rumah kediaman. Rumah industri, hotel, kilang, kedai, ini ada cukai. Rumah kediaman tak ada cukai. Kita hapuskan cukai rumah kediaman.

Walaupun melibatkan kawasan perbandaran, banyak di bandar ini orang Cina, bukan orang Islam, bukan orang Islam. Orang Cina yang dapat menikmati bebas cukai pintu kediaman ini. Tapi kita mahu melaksanakan ini dia perintah Islam.

Kita bantu sekolah-sekolah rakyat, bukan sahaja sekolah agama rakyat, termasuk sekolah Cina dan sekolah Tamil. Kita bantu. Ini menyebabkan orang bukan Islam menyokong kerajaan kita di Kelantan, di Terengganu, menyebabkan orang bukan Islam menubuhkan cawangan penyokong PAS di kalangan bukan Islam kerana mereka mahu menyokong PAS, kita tak paksa. Dia sudah melihat sendiri apa yang kita buat bila kita memerintah, tak ada halangan. Ini contoh-contoh yang pernah.

Di Kelantan, di Kelantan oleh kerana arak haram kepada orang Islam, Almarhum Tuan Guru Nik Aziz panggil pemilik-pemilik kedai di Kelantan, mereka tanya apa pandangan agama-agama lain tentang arak? Ugama lain kata arak dibolehkan, sila, itu hak kamu. Orang Islam tak dibenarkan jual arak. Orang bukan Islam boleh jual arak sama-sama dia. Orang Islam salah.

Menunjukkan bahawa dalam perkara yang dibenarkan oleh agama lain kita tak boleh campur. Ini kita cuba laksanakan. Dalam pembahagian tanah, pembahagian tanah saya nak sebut di Terengganu. Di Terengganu, orang India di Estet, orang Cina di Kampung Baru masa darurat British dulu, dia kumpul orang Cina letak kurung dalam Kampung Baru di Kemaman ada, di Kuala Terengganu ada Kampung Baru diletak di situ. Orang Melayu juga di kampung masing-masing.

Apa yang berlaku, rakyat menghadapi masalah tanah untuk kediaman dan pertanian. Di mana rakyat menghadapi kerenah birokrasi, kerenah pentadbiran tanah yang menyusahkan rakyat. Satu-satu permohonan tanah, seorang rakyat nak minta, mesti melalui 27 meja pegawai kerajaan. Pejabat daerah, pejabat SUK, pejabat tanah, pejabat perancang ekonomi, pejabat ini. Setelah meja-meja ini lulus, barulah boleh lulus satu lot tanah. 27 meja. Kalau satu meja seminggu, kali 27, lama mana nak boleh? Satu orang. Bagaimana kalau ribuan rakyat?

Kita panggil pegawai-pegawai tanah, pegawai pejabat tanah. Selesaikan masalah ini. Kita minta supaya selesaikan birokrasi pentadbiran ini supaya minta secara berkelompok, 100 orang, 500 orang satu fail, satu fail. Dalam masa empat tahun kita memerintah, kita telah meluluskan 60 ribu permohonan tanah.

Di antaranya ialah orang India di Estet, antaranya orang Cina di Kampung Baru, di Kampung Baru orang Cina, Kampung Baru. Kita beri tanah kepada mereka. Mereka adalah rakyat kita. Ini contoh kita laksanakan kalau kita diberi kuasa pemerintahan. Ini sangat menakutkan Kerajaan Pusat.

Lalu Kerajaan Pusat di masa itu rampas royalti, rampas royalti. Tak bagi. Tak beri peruntukan. Menyebabkan kita dalam keadaan yang sulit. Bagaimana tol sudah dihapuskan. Cukai pintu rumah kediaman sudah dihapuskan. Kerajaan Pusat dah rampas royalti. Peruntukan lambat, macam mana nak buat?

Saya bincang dengan ahli-ahli ekonomi pegawai kerajaan. Caranya ialah kita menaikkan cukai industri, menaikkan cukai balak, menaikkan cukai rumah-rumah perniagaan, naikkan cukai sampai 50 peratus, 100 peratus, naikkan cukai.

Apa yang menarik, mereka yang kaya-kaya ini tak marah kita naikkan cukai. Kerana kata mereka, bagi rasuah banyak lagi. Bagi rasuah banyak lagi. Ini menyebabkan kita boleh memerintah Terengganu, memerintah Kelantan, boleh memerintah dengan baik walaupun disekat oleh Kerajaan Pusat.

Kerusi Parlimen

Sekarang jadi halangan kalau kita tak dapat kerusi banyak dalam pilihan raya. Oleh kerana itulah PAS akan bertanding pilihan raya ini tak kurang daripada 130 kerusi. Kerusi Parlimen 222 kerusi, kita bertanding 130 kerusi.

Cawangan kita di seluruh negara 196 kerusi. Untuk simple majority, 112 kerusi. Kita bertanding 130 kerusi. Itu ada lagi permohonan minta banyak lagi. Mungkin lebih daripada 130. Akan jadi 140 ataupun 150 kerusi kita akan bertanding.

Kita bertanding kalau rakyat menyokong kita, kita boleh menang sekurang-kurangnya simple majority, Kalau simple majority, maka tak ada halangan kita nak laksanakan apa yang kita rancang di peringkat negeri, apa yang kita rancang di peringkat Pusat.

King Maker

Ataupun kalau tak dapat simple majority, kita mendapat kerusi yang sedikit, tapi PAS akan jadi King Maker, King Maker, semua parti tak boleh nak tubuh kerajaan melainkan dia kena berunding dengan PAS baru dia boleh tubuh kerajaan walaupun kita tak simple majority.

Apa manfaat King Maker ini? King Maker ini kita boleh meletakkan syarat. Mana-mana parti politik yang nak tubuh kerajaan dengan kita mesti ikut syarat-syarat yang kita mahu untuk melaksanakan apa yang kita janjikan dalam manifesto kita kepada semua rakyat, adil untuk semua. – eHARAKAH 27/3/2018

{/mprestriction}

- Advertisement -