PAS sedia memimpin pelbagai kaum

- Advertisement -

(Teks transkrip dan suntingan dari jawapan Presiden PAS dalam Sesi dialog Majlis Luncheon dialog perpaduan nasional PAS Selangor di Restoran Zam-zam, Shah Alam pada 25 Mac 2018 yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)

- Advertisement -

SAYA sebut dalam ucapan saya tadi Islam ini bukan sahaja melibatkan aspek agama, religion termasuklah aspek cara hidup yang melibatkan politik, ekonomi masyarakat dan lain-lain.

Jentera pemerintah

Oleh kerana itu penubuhan PAS itu sendiri sejak daripada awal tahun 1951, bukan sahaja melibatkan kalangan agamawan. Bahkan melibatkan berbagai-bagai tokoh profesional. Saya sebut tadi Presiden PAS yang kedua Dr Haji Abbas Alias adalah pernah jadi pengarah perubatan Negeri Selangor masa Jepun. Beliau Presiden PAS yang kedua.

Yang pertama Haji Ahmad Fuad, itu kalangan ulama. Bahkan terlibat dalam PAS sepanjang perjalanan dia, barangkali orang kenal Professor Ahmad Ibrahim, bekas Peguam Negara Singapura. Beliau adalah AJK PAS Pusat tahun 50-an. Aminuddin Baki, Professor Ungku Omar, dan banyak lagi.

Dan terkini terlibat dalam PAS juga ialah kalangan bukan Islam. Kita menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS kalangan bukan Islam. Apa yang menarik minggu lepas, saya menerima keahlian Dewan Himpunan Penyokong (PAS) bukan Islam, bekas Setiausaha MIC, bekas Setiausaha MIC sudah jadi ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Ini adalah kalangan jentera-jentera pemerintah kalau kita memerintah negara. Melibatkan semua kebolehan, semua kepakaran. Dan kita telah tunjuk secara praktikal kita memerintah Kelantan dua kali. Kali yang pertama 1959 hingga 1979, 20 tahun. Tak boleh dijatuhkan Kelantan melainkan setelah Kerajaan Pusat mengisytiharkan darurat yang dilakonkan. Kita ambil balik tahun 1990 dan memerintah sehingga kini, boleh tadbir di Kelantan.

Walaupun ketuanya Tuan Guru Nik Abdul Aziz, tetapi Exco-exconya daripada pelbagai kalangan. Bahkan dalam Islam, boleh memilih orang bukan Islam menjadi anggota Kabinet. Anggota Kabinet orang bukan Islam boleh dipilih anggota Kabinet. Untuk mengendalikan urusan-urusan pemerintahan mengikut lapangan dan bidang kebolehan dia.

Bahkan kita menjadikan Kerajaan Teknokrat. Apa makna Teknokrat? Kerajaan yang bukan anggota dia orang politik. Pakar yang ada kebolehan boleh masuk dalam kabinet.

Bukan sahaja peringkat Pusat, peringkat negeri boleh melantik Exco-exco. Exco-exco daripada berbagai kalangan yang ada kepakaran dia, bahkan ada negeri yang kita perintah. Oleh kerana Terengganu kita memerintah tahun 1999 (hingga) 2004, kita telah membuat satu peruntukan undang-undang diri Negeri Terengganu, sekiranya tidak ada orang yang bukan Islam menang dalam pilihan raya, tak ada calon, maka boleh dilantik seorang bukan Islam menjadi wakil rakyat yang dilantik, yang dilantik. Wakil rakyat yang dilantik.

Sudah tentu kita pilih kalangan-kalangan yang ada kebolehan, berbagai-bagai lapangan. Tidak jadi masalah kalau kita urus tadbir negeri. Apa yang berlaku ialah mereka takut kalau kita memerintah. Kita buat lebih baik. Ini yang mereka takut.

Dengan sebab itulah berlakunya pilihan raya yang tempang, demokrasi yang tidak adil selama ini. Kita harap kali ini kalau pilihan raya itu diadakan dengan betul, kita dapat menonjolkan, mengemukakan calon-calon kita yang berbagai-bagai lapangan, insyaa Allah. Dan bukan sahaja kita akan melantik berbagai kalangan untuk melibatkan diri di dalam pemerintahan negara kita insyaa Allah.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Pakaian

Mereka yang pernah melihat gambar Mahatma Gandhi, Mahatma Ghandi dia pakai dia punya arwah Ustaz Bunyamin kata sekayu kain, pakai kain belit-belit baju ini, dia boleh memerintah India. Ini hero dengan pakaian dia.

Pakaian tidak menjadi suatu gambaran kebolehan seseorang. Itu tak jadi. Apa yang kebolehannya ialah mesti apa yang ada pada dia yang berpijak yang dilaksanakan bila dia memerintah.

Kalau pakai macam Presiden Trumph, pakai macam Presiden Trumph, perangai macam dia, besar, kaya, cakap pasal duit saja, cukup ke macam itu? Apa yang penting ialah kita mahu supaya pemimpin yang melaksanakan pemerintahan berdasarkan kepada hidayah, bukan jibayah.

Dalam Islam ada dua jenis pemerintahan. Berdasarkan kepada hidayah. Hidayah ialah berdasarkan kepada petunjuk tuhan yang memerintah adil untuk semua, baik untuk semua. Jibayah ialah pemerintah yang berdasarkan kepada dapat duit banyak. Asal dapat duit banyak, itu jadi jentera untuk memerintah.

Hidayah ini ialah pemerintah yang dibangun manusianya, dibangun manusianya boleh memerintah, akalnya betul, ilmunya kepakaran, akhlaknya mulia, ini sangat penting, sangat penting.

Baju sedondon

Saya PAS, dia Umno.

UG

Yang UG ini pun satu persoalan. UG ini kita kena faham dalam istilah politik ada UG, ada Coalition Government, kerajaan campuran, kerajaan perpaduan, itu jenis-jenis kerajaan. Kerajaan satu parti yang memerintah. Kita kena faham.

UG ini ialah cadangan saya. Apabila rakan-rakan Keadilan dan DAP mahu membuat undi tak percaya dalam 2008. Buat undi tak percaya dengan sekadar membeli wakil-wakil rakyat, menawar janji wakil rakyat daripada pihak kerajaan untuk menyokong Pakatan Rakyat di masa itu untuk menjatuhkan kerajaan berdasar dengan cara itu.

Saya kata, lebih baik kita tubuh Kerajaan Perpaduan, UG. Unity Government. Dengan makna semua parti dalam kerajaan. Tak ada parti pembangkang. Umno, Barisan Nasional dalam kerajaan, PAS dalam kerajaan, DAP dalam kerajaan, PKR dalam kerajaan, tak ada pembangkang macam dibuat di Indonesia. Pernah dibuat di Afrika Selatan, pernah dibuat di England masa Perang Dunia Kedua. Pernah dibuat.

Kerajaan yang semua parti ada dalam kerajaan itu. Tak berkelahi. Dan tak boleh menyalahgunakan kuasa. Bila bubar kerajaan, pilihan raya kita lawan balik. Itu pandangan saya pada masa itu. Tapi malangnya orang nak berebut jadi Perdana Menteri. Benda itu orang tak setuju, Umno nak jadi Perdana Menteri. Yang lain itu.

PAS bukan masalah Perdana Menteri, masalah kita selesaikan masalah rakyat, hilangkan ketegangan. Itu pandangan saya di masa itu. Tapi perkara itu cerita lama, sudah tak ada lagi.

RM 90 juta

Kalau dapat RM 90 juta kita tak ada majlis dalam majlis ini. Tempat yang lain yang lebih selesa lagi.

RUU355

Ini berkait dengan hukum Hudud. Banyak orang mencemuhkan PAS sebab hukum Hudud. Apa makna Hudud? Hudud ialah hukum yang ditetapkan oleh agama yang wajib ditunaikan.

Padahalnya semua agama ada Hudud, semua kerajaan ada Hudud, hukuman mandatori, ini makna Hudud. Mengapa dicemuh kepada PAS sahaja? Semua ada. Cumanya kita mahu memperkenalkan perbezaan di antara Hudud Islam dengan mandatori dari hukum yang bukan Islam.

355 ialah yang boleh meminda jadual kesembilan bidang kuasa kerajaan negeri dengan simple majority untuk membolehkan hukuman-hukuman Hudud yang ringan seperti hukuman sebatan. Sebatan untuk memperkenalkan perbezaan di antara sebatan Islam dengan sebatan undang-undang Sivil.

Hudud Islam adalah untuk mendidik, bukan untuk menyeksa. Islam menggalakkan hakim untuk mencari jalan, meringankan hukuman, bukan mandatori. Ini pendekatan yang diambil oleh Islam.

Kemudian cara menghukum. Cara menghukum ini mestilah hakim yang adil, saksi yang adil, saksi yang adil. Saksi yang tidak bohong, yang maruahnya baik. Ataupun penjenayah mengaku salah, mengaku dengan rela hati dengan tidak dipaksa.

Hukuman sebatan yang kita perkenalkan ialah sebatan untuk mendidik, bukan sebatan untuk mendera dan menyeksa. Sekiranya 355 diluluskan, kita laksanakan di Kelantan dan Terengganu yang sudah ada undang-undang ini, masyarakat akan dapat melihat bagaimana perbezaan sebatan dalam Islam dengan sebatan undang-undang Sivil.

Undang-undang Sivil, hukumnya enam, empat, tiga. Disebat sehingga pecah kulit sampai isi, pengsan orang yang dihukum itu. Islam mengharamkan hukuman ini. Sebatan dalam Islam ialah sebatan yang tidak menyeksakan, yang tidak mencederakan. yang dihukum itu mestilah dalam keadaan kesihatan yang baik, sudah dibukti. Cuma disebat di tengah khalayak, disaksikan oleh orang untuk menjadi pengajaran kepada masyarakat.

Di mana pengajaran inilah yang memberi kesan kepada masyarakat. Dilaksanakan di Aceh. Di Aceh hukuman sebat Islam dilaksanakan. Diberi pilihan kepada orang bukan Islam. Sama ada pilih undang-undang Sivil, penjara empat tahun ataupun undang-undang sebatan mengikut Islam.

Orang yang bukan Islam di Aceh memilih hukum Islam. Kerana disebat bunyinya 20, bunyinya 30, tetapi sekadar rasa malu, tak sakit, lepas itu boleh balik ke rumah. Penjara empat bulan, berpisah dengan anak isteri. Malu sekejap saja. Maka dia pilih undang-undang Islam.

Inilah yang sebenarnya yang kita perlu tahu dan perlu kita faham. Mereka yang tak setuju dengan ini, mereka yang bersimpati dengan penjenayah, bukan bersimpati dengan mangsa jenayah.

Pendidikan

Oleh kerana pendidikan adalah rukun hidup. Membangun sahsiah, membangun peribadi manusia adalah rukun hidup. Islam meletakkan pembangunan manusia adalah asas untuk membangun negara. Kalau duit banyak, harta banyak, hasil banyak, manusianya tak ada maruah, tak ada apa-apa erti.

Kalau ilmunya baik, akhlaknya baik, tak ada duit pun boleh datang duit. Dengan sebab itu pendekatan mewajibkan pendidikan sangat penting. Maka Islam menganjurkan pendidikan percuma, percuma, mesti percuma. Boleh buat pendidikan percuma.

Bahkan pendidikan percuma ini pernah dilaksanakan di zaman penjajah British baru kita mencapai kemerdekaan. British melaksanakan welfare state, negara kebajikan. Islam negara berkebajikan, lebih luas daripada welfare state lagi. Dengan sebab itu, kita menjamin akan berlaku pendidikan percuma, masalah PTPTN tak berlaku lagi.

Di mana kos nak dapat? Ialah kos ini ialah melalui kita mengolah hasil yang ada di negara kita yang mencukupi. Kalau tak ada kebocoran, tak ada ketirisan, tak ada penyelewengan, boleh beri pendidikan percuma.

Yang kedua kita kena faham di mana konsep kewangan dalam Islam ialah diambil daripada mereka yang berada, bukan mereka yang tak berada. Jepun dalam masalah menyediakan makanan yang cukup bagi negara dia. Jepun menganjurkan industri pertanian dan pertanian diberi subsidi 99 peratus. 99 peratus ada asasi…

Dari mana Jepun dapat duit? Ialah melalui cukai-cukai yang diambil daripada industri-industri yang besar, daripada lapangan yang lain untuk menampung. Pendidikan lebih penting daripada pertanian lagi. Adalah tidak menjadi masalah sekiranya kita mengenakan cukai-cukai yang mencukupi untuk pendidikan percuma, tak jadi masalah insyaa Allah.

Apa yang menarik saya sebut tadi, bahkan mereka yang berada ini tak jadi masalah kalau kita naikkan cukai. Mengapa? Bila tak ada rasuah, bayar rasuah lebih mahal lagi. Mereka akan selesa ini.

Bumiputra

Kemudian masalah bumiputra. Mengapa disebut bumiputera? Sebabnya kita kena sedar mereka yang paling banyak menjadi mangsa kemiskinan, mangsa kejahilan, diatur oleh British. British mewujudkan masyarakat majmuk.

Kita kena sedar bahawa orang Melayu bumiputra penduduk asal di sini. British tetap di sini. Kemudian mereka bawa kaum India dan Cina datang ke sini. India dijajahnya India. British dia jajahnya Hong Kong, dia jajahnya. Dia bawa mereka ke sini tujuan mereka ialah untuk pecah dan perintah, untuk melagakan kaum. Sengaja dia menimbulkan ketegangan supaya dia boleh berpengaruh sampai bila-bila.

Kita olah perkara ini dengan sebaik-baiknya. Kita kena sedar. Oleh kerana orang Melayu bumiputra keseluruhannya luar bandar, India di Estet, jadi hamba di Estet sampai bila-bila. Orang Cina menguasai ekonomi di bandar. Ini diatur oleh mereka.

Kita perlu melakukan pembahagian yang wajah yang adil. Namun konsep adil untuk semua tak mengira siapa, wajib ditolong sama ada dia Melayu, dia Cina, dia India dan sebagainya.

Penekanan disebut bumiputra kerana jumlah bumiputra paling besar. Ini masalahnya, paling besar. Tapi adil untuk semua, wajib dilaksanakan. Ini kita kena faham.

Bahasa

Kemudian masalah bahasa, saya tambah lagi bahasa ibunda. UNESCO membuat kajian, semua negara yang maju mendidik, pendidikan dengan bahasa ibunda hendaklah diutamakan. Bahasa asing untuk menambahkan ilmu. Kita menyaksikan bagaimana negara Jerman, negara Jepun yang kalah Perang Dunia Kedua, bangkit jadi kuasa besar ialah mendidik, mengajar dengan bahasa ibunda dia sendiri.

Bahasa asing dipelajari untuk menambahkan ilmu. Tamadun Islam yang terserlah dalam sejarah manusia, orang Islam menterjemahkan ilmu-ilmu Greek, Yunani, India, Parsi dan lain-lain dengan sebahagian orang Islam mempelajari bahasa asing, diterjemah dalam bahasa Arab. Maka seramai-ramai orang Islam boleh belajar.

China yang bangkit jadi kuasa besar dengan bahasa Cina, bukan dengan bahasa Inggeris, dengan bahasa Perancis dan lain-lain. Nak belajar dengan British dengan bahasa Inggeris. Perancis dengan bahasa Perancis, itu. Tetapi dalam negara sendiri mesti dengan bahasa kaum itu sendiri.

Nak mengilmukan orang Melayu dengan bahasa Melayu. Mengilmukan orang Cina dengan bahasa Cina. Mengilmukan orang India dengan bahasa India dia. Tetapi ada bahasa yang menghubungkan semua iaitulah bahasa kebangsaan.

Dalam perkara ini kita perlu menonjolkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Dalam masa yang sama mengizinkan kaum-kaum lain menggunakan bahasa dia untuk membina bangsa dia sendiri.

Bangsa tak boleh dihapus, ini kejadian Allah Taala, tak boleh nak hapus. Orang kata nak hapus bangsa bahasa itu benda yang mustahil, tak boleh dihapus bahasa bangsa ini. Macam tak boleh nak hapus agama-agama, tak boleh.

Tetapi apa yang boleh buat ialah supaya diselaraskan berlakunya hubungan yang baik masyarakat yang harmoni di antara satu sama lain.

Kesenian

Perlu disedari kesenian satu aspek dalam kehidupan manusia. Orang hanya melihat dari sudut menghibur sahaja tanpa melihat sudut menjalinkan hubungan dalam masyarakat melalui seni yang dilakukan oleh artis

Apa yang penting bagi pemerintah ialah mengawal daripada berlakunya unsur-unsur negatif di dalam kesenian, itu yang wajib dilakukan.

Dalam masa yang sama hendaklah disuburkan. Supaya mewujudkan masyarakat yang harmoni melalui kegiatan-kegiatan kesenian oleh artis, kegiatan sastera, kegiatan ini dan bergiatan. Ini hendaklah disuburkan lagi.

Dalam suasana masyarakat majmuk, kita boleh mencambahkan ilmu dengan lebih berkembang. Di mana orang Melayu boleh ambil apa yang baik daripada orang Cina. Orang Cina boleh ambil apa yang baik daripada orang Melayu. Orang Melayu ambil daripada orang India. Dikumpul yang baik-baik ini. Maka kita dapat menciptakan suatu bahan yang kaya dan baik untuk negara kita insyaa Allah. –eHARAKAH 27/3/2018

{/mprestriction}

- Advertisement -