RCTT pikat pengunjung kupasan isu

- Advertisement -
TITIWANGSA: Ameerah Kawasan Titiwangsa telah mengadakan sesi Ameerah Mengupas menerusi program Roti Canai Teh Tarik (RCTT) yang dilangsungkan di Mamak Bistro, Desa Pandan, di sini semalam.
 
Program bertema “Solusi PAS Kepada Anak Muda” dan bertujuan merancak dan menggiatkan lagi penerangan kepada masyarakat setempat nyata menarik sambutan luar biasa pengunjung.
 
Kupasan isu berkaitan ekonomi, pendidikan dan hal ehwal kewanitaan dikupas sendiri Exco Ameerah Malaysia, Siti Nadhirah Khalid dan Exco-exco Ameerah Wilayah Persekutuan, Nusaibah Ibrahim, Najwa Amir dan Nur Hikmah Ramli.
 
Antara yang menjadi fokus pengunjung adalah solusi PAS dalam menangani Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan tekanan kos sara hidup tinggi dilalui golongan muda, terutama tanggungan hutang pengajian oleh graduan.
 
Turut dibentangkan kepada pengunjung adalah statistik kes keganasan rumah tangga dalam negara yang antara penyumbang puncanya juga adalah kos sara hidup tinggi.
 
Program yang menghidangkan roti canai dan teh tarik dipimpin Ketua Ameerah Titiwangsa, Nusaibah Ibrahim itu turut mendapat kerjasama dari PAS Kawasan Titiwangsa dan Jabatan Amal Titiwangsa. -HARAKAHDAILY 26/3/2018
- Advertisement -