PAS hargai jasa pengorbanan PDRM

- Advertisement -
KUALA TERENGGANU: PAS Kawasan Kuala Terengganu menyambut Peringatan Hari Polis Ke-211 dengan melakukan kunjungan hormat serta agihan kek.
 
Rombongan itu, diketuai oleh Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah bersama Penyelaras Parlimen PAS Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim, Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Bandar, Ustaz Ahmad Shah Mohamed dan Muslimat PAS Kuala Terengganu.
 
Sehubungan, jurucakap PAS Kuala Terengganu, Ustaz Ahmad Shah mengharapkan agar pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dapat mengekalkan ketelusan dan kecekapan dalam menjalankan tugasnya.
 
Katanya, PAS mahu agar PDRM terus menabur khidmat yang cemerlang kepada warga Malaysia.
 
“Tahun ini PDRM menyambut ulang tahun ke-211, dan sudah pasti usia 211 tahun itu bukan usia yang mentah. Bahkan, PDRM telah mencatat pelbagai kenangan susah payah, pahit getir, suka dan duka di dalam melaksanakan tugas menjaga keselamatan dan kedaulatan negara. 
 
“Diawal usianya (PDRM) menghadapi pelbagai kekurangan sehinggalah hari ini PDRM bukan sahaja berdiri megah menabur khidmat kepada rakyat Malaysia. Bahkan, berdiri sama tinggi dengan pasukan polis luar negara. 
 
“Syabas daripada kami (PAS) buat warga PDRM,” ujarnya kepada Harakah selepas membuat kunjungan hormat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, di sini semalam. -HARAKAHDAILY 26/3/2018
- Advertisement -