Kelantan tetap utama syariat Islam

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan yang dipimpin ulama dan profesional berusaha memacu pentadbiran negeri selaras dengan kehendak syariat.

- Advertisement -

Menteri Besaar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakub berkata, langkah diambil kerajaan Kelantan agak berbeza dengan negeri-negeri lain.

Katanya, sebahagian besar kerajaan yang ada sekarang menolak pemerintahan secara Islam.

“Tetapi kita di Kelantan tetap berusaha merealisasikan hasrat tersebut.

“Kita memilih laluan yang dilalui pejuang-pejuang Islam biar pun susah dan senang tetap diusahakan ketika sebahagian besar dunia menolak Islam,” katanya pada ceramah sempena Himpunan Bangkit Pertahan di Padang Perdana malam tadi.

Menurutnya juga usaha untuk memperkasakan Islam dilakukan bermula di bidang pendidikan.

“Kita menggunakan wang yang disatukan untuk anak-anak kita yang belajar di sekolah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

“Selain itu, kita juga menggunakan wang bagi melaksanakan program kebajikan seperti skim beras al Itam, az Ziwaaj, Takaful Kifaalah dan sebagainya,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 17/3/2018

- Advertisement -