Gagasan Sejahtera bakal dominasi politik negara

- Advertisement -

KOTA BHARU: PAS bersama Gagasan Sejahtera dijangka mendominasi politik di negara ini memandangkan ada parti dalam gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bermasalah dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

- Advertisement -

Setiausaha Perhubungan Ikatan Negeri Kelantan, Wan Yusri Wan Yusof berkata, Umno berdepan dengan masalah kerana belum mengadakan pemilihan pada Perhimpunan Agung Umno tahun ini.

Katanya, tarikh akhir perhimpunnan Umno sepatutnya diadakan pada 14 April depan setelah beberapa kali ditunda.

“Berdasar kepada peraturan ROS sekiranya Umno masih tidak mengadakan perhimpunan agung, kemungkinan parti itu boleh diharamkan.

“Begitu juga nasib yang menimpa Parti Pribumi Bersatu Malaysa (PPBM) juga akan menghadapi nasib serupa,” ujarnya pada Himpunan Bangkit Pertahan di Padang Perdana malam tadi.

Hadir sama Naib Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakub; timbalannya, Dato’ Mohd Amar Abdullah dan Speaker Dun, Dato’ Abdullah Yakob.

Wan Yusri juga berkata, sekiranya Umno dan PPBM dibubarkan, Gagasan Sejahtera akan mendominasi kedudukan kerusi di parlimen nanti.

“Cuma kita bimbang adakah ROS nak laksanakan undang-undang tanpa mengira pihak mana yang langgar undang-undang,” katanya. – HARAKAHDAILY 17/3/2018

BAKIT1

- Advertisement -