Rafizi usah hina penduduk Pandan

- Advertisement -
KUALA LUMPUR: Kenyataan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli kononnya PKR kuat di parlimen tersebut hatta dicalonkan kucing sekalipun, jelas menghina kebijaksanaan dan kemampuan penduduk.
 
Ketua Pemuda PAS Kawasan Pandan, Ustaz Mohamed Sukri Omar bagaimanapun menegaskan bahawa penduduk Pandan tidak sedangkal kenyataan Rafizi itu.
 
Disebalik faktor demografi yang menjadi hujah Rafizi, beliau diingatkan Sukri terhadap kemunculan kumpulan ‘UndiRosak’ pelbagai kaum kerana protes terhadap PH atas kegagalan membela rakyat.
 
Bahkan, 21 anggota PH disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan pengangkatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri PH menambahkan lagi senarai kegagalan itu.
 
“Akhirnya mengakibatkan PH tenggelam dalam keegoan dan keangkuhan. Faktor inilah menjadikan PKR bakal jatuh di Parlimen Pandan pada PRU14.
 
“Saya rasa eloklah Rafizi ambil masa merenung seketika langkah terbaik dari “naik bongkak sampai otak, sampai masa pakai otak”,” bidasnya.
 
Namun, beliau mengharap Rafizi terus melaksanakan tugas terakhir membela rakyat dan membaiki PH, selain menyatakan simpati akan dihukum penjara atas usaha menegak kebenaran. -HARAKAHDAILY 17/3/2018
- Advertisement -