Beri PAS menang untuk jaga rakyat – Wan Hassan

- Advertisement -

DUNGUN: Rakyat umumnya termasuk pengundi kaum Tionghoa khususnya di Dungun ini agar dapat memilih PAS sebagai kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU14).

- Advertisement -

Kata Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli  kemenangan PAS penting bagi menjaga kebajikan rakyat seluruhnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sempena Tahun Baharu Cina di perkarangan SJK (C) Sin Chone Dungun, Kampung Batu Lima, Paka, di sini semalam.

Menurut Wan Hassan lagi, penyertaan parti itu dalam pilihan raya juga kerana mahu menang serta memerintah negeri dan negara ini.“PAS bila kita masuk pilihan raya, kita nak menang. Sebab, nak memerintah negeri dan negara.

“Tujuannya, kita nak jaga kebajikan rakyat dan rakyat kita pula ada yang Muslim, ada yang non-Muslim. Tetapi tetap kita (PAS) kena jaga mereka semua. “Di antara yang pernah kita lulus semasa pemerintahan kerajaan PAS tahun 1999-2004 iaitu tapak Tokong (Cina) di Kampung Batu Lima ini diluluskan oleh kerajaan PAS di zaman ketika saya jadi Exco Kerajaan Negeri (Terengganu).

“Kita (Islam) mesti rai orang bukan Islam kerana mereka juga adalah rakyat kita. Maka, mesti dijaga kebajikan hak yang melibatkan agama mereka. Hak yang melibatkan kesihatan mesti diraikan, yang melibatkan pendidikan mesti diraikan kerana mereka adalah rakyat kita. “Pesanan Nabi saya, Muhammad SAW menyebut, barang siapa yang menyakiti orang yang bukan Islam, yang baik, yang mereka itu sebagai rakyat.

“Maka, dia sama seperti menyakiti aku (Nabi SAW). “Oleh itu, kita wajib jika kita (PAS) memerintah (mesti) melakukan keadilan kepada semua,” jelasnya dihadapan 400 masyarakat Tionghoa.

Hadir sama pada majlis itu Timbalan Pesuruhjaya PAS I Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sura, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik, Adun Rantau Abang,  Alias Harun, Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Jefri Chua dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) Dungun, Puan Sarena Lim Abdullah. – HARAKAHDAILY 2/3/2018

- Advertisement -