Selipar dan pampers

ANAK kecil dibiarkan bebas bermain debu tanpa selipar. Tidak berseluar malah pampers pun tidak pernah kenal. Mereka agak terbiar. Petang sebegini adalah ruang masa paling seronok mereka bermain. Tanpa gangguan dan ketakutan dari bedilan peluru tentera Myanmar. Mereka tiada gajet canggih seperti kita. Line internet pun ciput. 
 
Apabila direnung kembali wajah-wajah comot berdebu itu, saya mula kembali mengingati anak di rumah. Jauh bezanya kehidupan mereka dengan kita yang serba kemewahan. Mereka pula terkurung dalam kem yang belum tentu memjaminkan kemewahan. 
 
Semasa di tanah Rakhine sendiri pun mereka sudah lama ditindas. UNHCR menganggarkan 78 peratus dari penduduk Rakhine miskin dan berada di bawah paras kemiskinan berbanding dengan negara bangsa jiran seperti Bangladesh. 
 
Etnik Rohingya telah dinafikan hak kerakyatan sejak 1824 lagi sepanjang kolonial British. Tenaga kaum lelaki mereka hanya digunakan untuk buruh kasar oleh penjajah British. Wartawan kemanusian seperti kumpulan Al Jazeera, CNN dan The Guardian mengistiharkan etnik Rohingya adalah etnik yang paling teruk dinafikan hak. – HARAKAHDAILY 3/2/2018
 
(Ikuti kisah menyayatkan hati ini dalam siaran Harakah cetak Bil.2321 edisi Isnin nanti)