Majlis Pecah Tanah Kompleks Pendidikan Ibnu Aqil

- Advertisement -

Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Dato’ Seri Syeikh Abdul Hadi Awang menyebut:

- Advertisement -

Kita menyaksikan di abad yang lalu kejatuhan Komunis, kita menyaksikan di abad ini keruntuhan Amerika kuasa besar dunia. Minggu lepas kerajaan Amerika tak boleh bayar gaji, kenapa? Kongress Amerika tidak meluluskan bajet kerana ahli Parlimen parti lain, Presiden parti lain menyebabkan pegawai kerajaan tak boleh nak terima gaji. Terpaksalah dibuat perbincangan.

Di sinilah kita PAS, ahli-ahli Parlimen kita, ADUN-ADUN kita tak mengundi dalam bajet. Ada perkara yang kita sokong, ada perkara yang kita tak sokong, bukan bangkang semua. Ini maknanya. 

Amerika merudum ekonomi dia kerana kerajaan tak boleh nak bayar gaji kalau tak dilulus bajetnya. Polis yang bekerja, tentera yang jaga keselamatan, guru yang mengajar, pejabat yang mengendalikan urusan kehidupan kita. Kalau tak dilulus bajet, tak boleh bayar gaji. Ini fardu kifayah yang mesti kita tunaikan. Ada kita sokong, ada perkara yang kita tak sokong. Ini kena faham. Sebabnya orang mengaji orang putih, dia tak faham apa dia Islam.

Dunia hari ini dilanda oleh kemusnahan. Sudah tiba masanya kita balik semula kepada Islam. Maka pendidikan Islam sangat penting untuk menyelamatkan kita, menyelamatkan manusia-manusia yang lain. Walaupun kita diri ini adalah untuk benih-benih, anak-anak, anak-anak adalah benih-benih yang mesti dijaga. Kalau kita buat kebun mesti benih yang baik, benih Islam. Mesti buat pagar, jangan bagi tikus masuk. Dijaga dengan baik. Setelah benih itu membesar, maka dipindah ke sana ke sini untuk ditanam, dibuahkan, dihasilkan. Inilah agenda ilmu Islam yang kita kena faham yang ditunjuk oleh Allah S.W.T

Ikuti teks transkrip penuh dari ucapan penuh beliau pada Perasmian Majlis Pecah Tanah Kompleks Pendidikan Ibnu Aqil pagi tadi di  Kampung Kubang Siput, Jalan Kodiang-Pauh, Arau yang disiarkan di ruangan E-Harakah dengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah) – HARAKAHDAILY 29/1/2018

- Advertisement -