Pertubuhan Rahmat sasar 100 Arca

MUADZAM SHAH: Pertubuhan Rahmat Malaysia mensasar penubuhan 100 Akademi Rahmat dan Kecemerlangan Rakyat (Arca) di seluruh negara dalam masa lima tahun.

Advertisement

Penaungnya, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tahun ini pihaknya akan menubuh 10 Arca yang bermula di Rompin.

Katanya, Arca bertujuan mendidik masyarakat mendekati Islam melalui sistem pendidikan percuma yang melibatkan penyertaan semua anggota masyarakat.

“Arca memperkenalkan sistem berbeza daripada institusi pendidikan Islam sedia ada dengan memilih lokasi di bandar supaya ia tidak dianggap sebagai saingan kepada pusat pendidikan berbayar,” katanya pada program tersebut semalam.

Inisiatif itu dalam usaha menyemarakkan lagi semangat dan kesungguhan masyarakat untuk mendapatkan ilmu agama menerusi pengajian dianjurkan.-HARAKAHDAILY 29/1/2018