Tanding 130 kerusi, ‘King Maker’, ‘3rd Force’ dan Kerajaan Teknokrat

- Advertisement -

(Bahagian Pertama)

- Advertisement -

KITA kena memahami apa maksud ‘King Maker’. PAS kita bertanding dalam Gagasan Sejahtera ini 130 kerusi. Bermakna melepasi separuh daripada jumlah kerusi 222. Bermakna kalau kita menang, PAS ready bersedia untuk mengambil alih negara Malaysia.

Sejarah PAS bertanding tak pernah lebih daripada 180, tak pernah. Dulu kita bertanding pun 70 lebih. Pernah 60 lebih pun. Sebenarnya setiap kali muafakat politik, PAS korban kerusi banyak bersama dengan Semangat 46, kita bahagi kerusi kepada Semangat 46, bersama PKR kita bahagi kerusi kepada PKR, itu realiti politik Malaysia. Daripada 13 kali Pilihan Raya, 10 kali PAS bertanding bersama gabungan. Method gabungan macam-macam.

{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

 

Sebenarnya gabungan yang ada ini, contoh dengan Semangat 46, kita ada persefahaman politik. Dia bukan tahaluf. Persefahaman politik tidak mengikat syarat. Kita dengan Pakatan Rakyat dulu kita tahaluf, tahaluf ini ada agreement, ada syarat. Kita dengan BN, itu tahaluf, kita masuk dengan syarat, ada 11 syarat. Bila syarat itu dipatuhi, kita patuh. Bila syarat itu dilanggar, kita wajib tarik, wajib keluar, sebab pelanggaran syarat. Kata Rasulullah S.A.W:

المسلمون على شروطهم

“Orang Islam ini terikat dengan syarat.”

Bila syarat itu batal, maka batallah tahaluf. Contoh, macam kita ambil sembahyang ada syarat; syarat sah, syarat batal wudhu’. Sembahyang pun ada syarat sah, ada syarat batal. Hubungan suami isteri ada syarat sah, ada syarat batal. Sayang macam mana pun, bila terbatal, maka kena fasakh. Apatah lagi politik.

Jadi kita ada persefahaman, kita ada kerjasama, kita ada tahaluf, ini pendekatan-pendekatan kita bina. Adapun dalam Gagasan Sejahtera, konsepnya berbeza dengan dalam Pakatan Rakyat.

Dalam Gagasan Sejahtera, dominasinya, payungnya oleh PAS. Mereka bernaung, kawan-kawan kita ini bernaung di bawah PAS, bersedia bekerja bersama PAS, bersedia memenangkan PAS. Kalau mereka bertanding pun mereka akan bertanding atas lambang PAS. Syura akan buat keputusan. Maknanya, mereka ini rakan yang bernaung di bawah kita, bawah PAS.

Tan Sri Kadir banyak kali, Tan Sri bincang banyak kali. Kami ikut PAS. PAS bawalah kami. PAS aturlah kami. PAS susunlah kami. Kami akan ikut jalan yang disusun oleh PAS. Dan kita beritahu apa yang kita nak buat, kita bincang. Walaupun dia naungannya dominasi oleh PAS, tapi PAS ini sebarang perkara kita buat, kita bincang, kita maklum. Contoh, manifesto. Kita draf, kita panggil, kita akan duduk nanti, kita akan bincang, tengok bersama, sebab ini manifesto bersama Gagasan Sejahtera.

Kerusi PAS kita ada 130 yang kita tengok. Kita minta daripada Ikatan berapa kerusi yang dia rasa pada pandangan dia, dia ada calon, ada tokoh yang dia boleh bertanding. Ok kita boleh masuk. Kita tak terikat sekarang, banyak kerusi, meja pula kurang. Kerusi tak ada masalah.

Makna kita bincang begitu. Kebimbangan sahabat kita tadi bahawa PAS setiap kali muafakat kadang-kadang kita tolong, memanglah bila kita berpakat, kata Almarhum Tok Guru Nik Aziz, yang ada jangan tamak, yang ada jangan bakhil, yang minta jangan tamak. Kita kena ada give and take.

PAS ada ahli, ada jentera, kawan kita tak ada ahli, tak ada jentera. Kita bantu dia. Konsepnya bila kita tolong, sepatutnya tolonglah kita. Tapi bila kita bawa Gagasan, idea kita, kita bantu. Tapi bila mereka tak bantu, langgar syarat, kita terpaksa. Contoh.

Jadi, saya nak balik kepada soalan tadi, kalau sekiranya kita menang 40 kerusi, target kita memerintah, sebab itu kita bertanding jumlah kerusi kita banyak. Kalau ditakdirkan 40 kerusi, tuan-tuan faham tak apa makna ‘King Maker’? ‘King Maker’ ini makna PAS yang jadi kuasa penentu. Bukan penentu siapa nak memerintah sahaja, penentu kepada dasar negara ini. Kalau PAS ada 40 kerusi, PAS tak boleh memerintah, BN tak boleh memerintah, PH tak boleh memerintah. Semua parti mengharapkan 40 kerusi PAS.

Kalau PAS sokong PH, PH boleh memerintah. Kalau PAS sokong BN, BN boleh memerintah. Jadi orang tanya kita nak sokong mana? Kita akan sokong siapa yang terima dasar yang PAS perjuang. Ini syarat kami. Siapa terima syarat, kita akan sokong dia. Waktu itu tuan-tuan, BN kata, kami minggu lepas dah sokong. PH akan kata kami bulan lepas dah sokong.

Yang kedua, sebab semua orang nak. Yang kedua, yang kita nak bawa ini perubahan dasar kepada rakyat kita. Kita tak nak rakyat kecewa semula. Dulu zaman Tun, macam-macam isu berlaku, sampai dia letak jawatan, naik Pak Lah, rakyat beri harapan kepada Pak Lah. Tiba-tiba rakyat kecewa dengan Pak Lah. Pak Lah turun letak jawatan. Naik Najib, rakyat kecewa dengan Najib. Nak naik balik Tun Mahathir? Lu pikir sendirilah. Kan?

Jadi, kita tak nak rakyat dikecewakan. Ini generasi muda ini tuan-tuan, masa depan dia kena clear. Felda, tak akan tergantung macam ini? Anak-anak muda yang hilang peluang pekerjaan, masalah perpaduan nasional di Malaysia tak selesai. Ini kena bina. Kita kena tentu masa depan negara kita. Jadi kita sebab itu bagi kita, perubahan dasar, bukan perubahan individu. Yang ubah ialah dasar.

Jadi bila ‘King Maker’ ini maknanya, kita boleh atur hala tuju. Tapi ingat, kalau mereka langgar syarat, kita tarik sokongan, kerajaan itu tumbang. Tumbang kerajaan! Sebab itu mereka tidak akan langgar syarat sebab takut kerajaan tumbang. Kerajaan macam ini tak stabil, tak stabil. Kerajaan yang stabil kerajaan yang ada dua pertiga majoriti. Tetapi dua pertiga majoriti, kalau diserah kepada orang yang rosak, rosak negara tuan-tuan.

Di Indonesia, bila Golkar memerintah, zaman ….., zaman Sukarno, sampai zaman… Maknanya bila berlaku demikian, rakyat setiap kali pilihan raya, majoriti menang besar Golkar, 90 peratus, 95 peratus, tetapi dia tidak mencerminkan hasrat rakyat kerana berlaku manipulasi dalam pilihan raya. Macam Malaysialah, persempadanan dianjak, komposisi kaum dianjak.

Tuan-tuan bayangkan tiga kali persempadanan Pilihan Raya Malaysia, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis tidak pernah mendapat tambahan kerusi Parlimen. Tiga kali persempadanan dipinda, tambahannya di mana? Di Johor, di Sabah, di Sarawak. Kelantan tak bertambah, lapan kerusi Parlimen. Pasal apa? Bimbang kerana PAS menang, ini bahaya. Ini ketidakadilan dalam (pilihan raya).

Sebab itu ada Parlimen sampai 100,000 pengundi satu Parlimen. Ada satu kawasan 30,000 dah satu Parlimen. Tuan-tuan bayangkan. Macam di Baling Kedah, Baling 100,000 lebih pengundi satu Parlimen. Ini tak adil. Kita kena perbetulkan tiga. Pertama Suruhanjaya Pilihan Raya. Yang kedua media. Yang ketiga sistem kehakiman.

Kemudian, kalau sekiranya PAS, dia tanya soalan kedua, kalau BN dapat katalah 108 kerusi, PAS nak pergi ke mana? Baik. Kita tidak akan bawa parti kepada benda yang merosakkan dan bercanggah dengan syarak. Ini prinsip PAS. Kalau sekiranya kita tengok dalam dua situasi ini berada benda bercanggah dengan syarak, tidak menguntungkan Islam, menyusahkan rakyat, PAS kita tidak mengambil sikap untuk menyokong mana-mana pihak.

Sebab itu Nabi tak sokong Rom, Nabi tak sokong Parsi. Padahal kalau Nabi nak cepat menang, sokong Parsi, sokong Rom, Rom kuasa besar dunia. Tapi kenapa Nabi bina kekuatan sendiri? Sebab kalau kita sokong Rom, perubahan tak berlaku. Sama juga Parsi, sebab itu Nabi bina kekuatan, sebab bagi kita, sebenarnya rakyat mahu perubahan.

Saya pernah jumpa seorang pimpinan Tionghua, saya kata cuba kamu senaraikan 20, senaraikan 20 bentuk negara yang kamu nak. Dia senarai. Saya beritahu dia, senarai ini ialah senarai PAS. Semua ciri ini ada dalam PAS. Dia kata kalau PAS kami tak hendak, tapi sifat ini kami hendak. Saya kata tak apa, sebab dia ini ada fobia, ditakutkan, diracun, sebut RUU355, diracunkan. Sebab manusia jadi musuh kepada kejahilan. Manusia jadi musuh kepada kejahilan.

Ada seorang Non-Muslim berlaku di Eropah, dibawa oleh kawan dia air, air mineral, dia minum air itu. Dia kata ehh….. sedaplah air ini, baguslah air ini, dia puji-puji-puji. Dia pun tanya kawan dia air apa ini? Kawan dia kata air zam-zam. Owh… dia kata air zam-zam, patut tak elok pun. Kalau dia tak tahu itu zam-zam, dia minum. Tapi kalau dia tahu, dia tak minum, bukan sebab air, sebab stigma, pemikirannya telah pun ditakutkan.

Islam pun begitu. Sebab itu kita tak boleh bercakap sahaja, kita kena buktikan. Kita kena bukti. Saya sebut dunia kagum bila pemimpin tak rasuah. Tuan-tuan, bagi sayalah, kalau pemimpin tak rasuah, itu normal, itu biasa, tak ada benda-benda. Tuan-tuan tak perlu kagum kalau ada pemimpin tak rasuah, sebab memang pemimpin tak boleh rasuah, memang kita semua tak boleh rasuah. Tapi tuan-tuan boleh kagum kalau pemimpin yang halal pun dia tak ambil, ini kita kagum, yang halal yang baik, yang jadi hak dia pun dia tak ambil.

Tok Guru Nik Aziz Menteri Besar, Terengganu Tok Guru Haji Hadi, sepanjang dia Menteri Besar, berpuluh elaun yang beliau tak ambil. Elaun rumah sahaja sejuta lebih tak pernah ambil. Elaun make up isteri. Rupanya ada elaun make up bini ini. Elaun make up isteri tak pernah ambil. Elaun keraian jamuan raya tak pernah ambil. Padahal dari segi undang-undang boleh ambil, tak salah. Yang ini kita kagum. Yang hak dia pun dia tak ambil, apa lagi nak rasuah? Apa lagi nak ambil yang haram? Yang ini yang kita kena, yang ini kita nak beri kepada rakyat.

Akhirnya yang ketiga, tentang hubungan PAS dengan DAP? Tadi saya sebut tadi, DAP ini waktu masih dalam muafakat Pakatan Rakyat, dulu Barisan Alternatif, DAP tarik diri daripada Barisan Alternatif, keluar daripada BA, kerana Pilihan Raya Sarawak. Kemudian DAP menyerang PAS, serang Presiden, masa itu dalam muafakat Pakatan Rakyat. Puncanya DAP tak bagi kita bentang RUU 355.

Kita kata, PAS tak paksa DAP sokong dalam Parlimen, tapi tak boleh menyekat, ini hak kami. Dulu tak boleh bawa, sekarang kita boleh bawa. Kalau PAS tak bawa, salah, tak boleh. Almarhum Tok Guru Nik Aziz kata, dulu traffic light warna merah, tak boleh jalan, sekarang ini hijau, kenapa tak jalan? Maka kita kata ini hak kami, masa itu saya sebut lagi, Pemuda DAP Sarawak menyerang PAS Kelantan kerana Enakmen Jenayah Syariah. Padahal Enakmen Jenayah Syariah bidang kuasa Negeri, bukan bidang kuasa Persekutuan. Dia serang.

Saya masih ingat lagi, saya beritahu Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, saya kata tolonglah pimpinan Pusat DAP, tegur sikit Pemuda DAP Sarawak. Sebab dia serang Kerajaan Kelantan, masa itu dalam Pakatan Rakyat. Apa kata dia? Payah sikitlah sebab DAP Sarawak dia ada autonomi dia, payah sikit (DAP) Pusat nak tegur, kadang-kadang terlajak tegur nanti ada masalah.

Saya kata kalau DAP Sarawak ada autonomi, kami di Kelantan pun ada autonomi. Waktu itu tuan ingat masa dia serang hingga diwujudkan Pasma. Wujudkan Pasma serang kepimpinan, sokong orang tertentu dalam pemilihan PAS. Ini campur tangan dalam parti rakan, tak betul.

Sama dengan PKR, minta maaf. PKR pergi Kelantan serang Kerajaan Kelantan. Masa itu masih dalam Pakatan Rakyat. Kebetulan kematian dua kerusi Pilihan Raya Kecil Sungai Besar, kita beritahu ini kerusi tradisi PAS, PAS akan bertanding. Tapi bila PAS bertanding, PKR masa itu masih dalam hubungan, tak putus lagi, PKR naik atas pentas PAN serang PAS. Padahal masih lagi dalam muafakat politik. Tak betul tuan-tuan sekalian.

Jadi oleh kerana itu, kita buat keputusan, Syura yang buat keputusan, lalu kita akur. Jadi insya-Allah bukan bermakna kita tolak pengundi Cina. PAS tak pernah menolak bangsa, PAS tak pernah menolak kaum, bahkan kita mengalu-alukan dalam Dewan Himpunan kita, semua bukan Islam, ada Iban di sana, ada Kadazan di sana, ada orang Cina, ada orang India duduk dalam Dewan Himpunan Penyokong bersama dengan PAS.

Soal formula penyatuan rakyat Malaysia, kita kena menyatukan mereka di atas persamaan, jangan besarkan perbezaan. Kalau kita nak satukan rakyat, kena kecilkan perbezaan, besarkan nilai-nilai persamaan, barulah kita boleh bertemu titik pertemuan. Kalau kita besarkan perbezaan, contoh bahasa, orang Cina dia ada bahasa dia, kita kena rai bahasa dia, budaya dia, itu hak dia. Tak boleh sekat bangsa dia, bahasa dia, bahkan PAS kita mengalu-alukan bahasa mereka, itu budaya dia. Cuma di sana ada perkara yang kita kena berbeza. Apa dia beza? Akidah. Akidah berbeza. Maka yang berbeza perlu dihormati. Yang persamaan perlu dibesarkan supaya kita dapat titik pertemuan dalam bina masa depan negara Malaysia.

Soal raja-raja perlukah ambil alih sementara? Saya ingat tak perlu. Dan kita pun kita menghormati institusi Raja Berperlembagaan, tapi Raja tidak perlu campur tangan dalam urusan politik negara. Maknanya proses transformasi ataupun peralihan kuasa tidak perlu kepada Majlis Raja-Raja campur tangan. Kita Majlis Raja-Raja ini ialah Badan yang kita jadi rujukan, ada masalah apa semua tak selesai, baru kita bawa kepada Majlis Raja-Raja bukan kita heret Raja-raja dalam kemelut politik.

Jadi itu Raja-Raja dia sebagai penasihat penaung. Jadi saya fikir dalam fasa peralihan ini, kita akan buat peralihan dengan cara aman, tenang, tidak berlaku huru-hara, tidak berlaku benda yang tak baik. Macam di Kelantan, macam di Selangor. Selangor bertukar kerajaan tak ada huru-hara. Kelantan bertukar kerajaan tak ada huru-hara. Peralihan cara tenang, harmoni dan menghormati sistem politik demokrasi yang kita amalkan.

 

(Bahagian Kedua)

Saya nak sebut soal memang sepatutnya kerajaan tidak direlatedkan dengan parti yang memerintah. Tapi dominasi disebut kerajaan, kerajaan, kerajaan, hingga rakyat merasakan kalau siapa yang lawan kerajaan, maka lawan kerajaan, yang kita lawan ini bukan kerajaan, yang kita lawan ini ialah Umno.

Mana boleh kita lawan kerajaan, kerajaan itukan kita semua sebahagian daripada kerajaan. Betul dari segi akademiknya memang begitu. Tapi dari segi kefahaman umumnya, bila sebut kerajaan, dia akan related dengan siapa yang memerintah kerajaan tersebut. Sebab itu tuan-tuan Umno dia cuba, BN dia cuba untuk dominated, satu lagi projek Kerajaan Barisan Nasional, kan? Dia nak tanamkan dalam fikiran kita, bila sebut kerajaan itu BN, hingga kita kata jangan tukar kerajaan, jangan lawan kerajaan. Yang kita lawan, PAS bukan lawan kerajaan, PAS lawan Umno. Yang kita nak tukar ini ialah parti yang menerajui kerajaan. Parti yang menerajui kerajaan.

Sebab itu kita kena beza ya dalam BPMS, Budaya Politik Matang Sejahtera yang PAS bawa ini, kita jangan banyakkan musuh dalam politik, jangan berkelahi dengan pegawai pelaksana dasar. Yang kita nak serang, yang kita nak ubah ialah pembuat dasar, bukan pelaksana dasar. Polis pelaksana dasar. Tentera pelaksana. Cikgu, pegawai kerajaan dia pelaksana. Pegawai Felda pelaksana. Pengurus Felda pelaksana dasar. Yang kita nak ubah ialah pembuat dasar.

Jangan pegawai kerajaan rasa, bila PAS memerintah, mereka semua kena tukar. Saya ingat lagi Pilihan Raya Sarawak, kempen puak-puak BN sana macam mana? Kalau BN kalah, kerajaan akan cabut semua jalan-jalan ini. Cabut semua jeti-jeti itu. Ini kata jeti ini kerajaan BN yang buat. Kita akan cabut semua kalau kita kalah. Orang kampung takutlah. Jadi, sebenarnya saya setuju dengan istilah tersebut. Kita harus beza.

Cuma dalam konteks boleh tak kita kata Kerajaan Kelantan? Boleh, tak ada masalah Kerajaan Kelantan. Cuma bergantung kepada tajuk. Kadang-kadang orang kita ditanya itu merujuk kepada parti yang memerintah. Pada waktu itu, referencenya ialah pada parti. Kerajaan PAS Kelantan supaya orang tahu perbezaan Kerajaan Kelantan yang memerintahnya PAS dengan Kerajaan Pusat.

Sebab dulu bila disebut kerajaan itu orang nampak BN. Sebut kerajaan orang nampak Barisan Nasional hingga sebahagian orang kampung di Kelantan, kita sebut Kerajaan PAS Kelantan supaya dalam konsep pemahaman, dia memahami bahawa yang memerintah Kelatan bukan BN, tapi Kerajaan PAS. Tapi dari segi ilmiahnya, memang betul sebut kerajaan, tetapi apa yang penting bergantung kepada apa matlamat, apa yang nak disampaikan. Mesej apa yang nak disampai.

Kalau kita nak banding hasil hutan, Kerajaan Kelantan dengan Kerajaan Johor, beza, Kerajaan Pahang hasil hutan. Tapi orang tak nampak kekuatan yang ada mendominasi, kenapa Kelantan macam ini kenapa Pahang macam ini? Kenapa hasil hutan di Pahang 10,000 hektar boleh dapat jumlahnya katalah (RM)5 juta, kenapa Kelantan jumlah yang sama sampai dapat RM20 juta? Yang beza kat sini ialah kerana parti yang menerajui kerajaan itu.

Jadi di situ ada faktor-faktor yang perlu kita tonjol. Walaubagaimanapun insya-Allah bila rakyat kita memahami lebih faham politik Malaysia, politik negara, kefahaman politik lebih tinggi, pada waktu itu tuan-tuan, banyak akan berubah.

Saya kagum di US, di UK, kempen pilihan raya dia tak ada bendera macam kita. Tak ada bendera banyak, tak ada, bendera sikit-sikit je. Dia kita pula lawan bendera. Jangan kalah bendera. Kerusi kalah tak apa, bendera jangan kalah. Jadi, akhirnya kita lawan bendera.

Almarhum Tok Guru Nik Aziz, akhir-akhir hidup dia, ini antara pesanan dia kepada kamilah. Pilihan raya akan datang, kurangkan pembaziran bahan kempen, dia suruh kurangkan poster-poster, bendera yang tak patut ini, jangan lawan bendera, lawan hati. Ambil hati rakyat, jangan ambil apa yang rakyat tengok, ambil kuasa dari hati mereka. Wallahua’lam.

 

(Bahagian Ketiga)

Baik, Kerajaan Teknokrat ini ada ulasan panjang dalam, penerangan PAS pun dah keluar. Cuma saya nak ringkaskan begini, Kerajaan teknokrat ialah satu kerajaan di mana pembuat dasar bukan hanya terdiri daripada ahli-ahli politik, tetapi turut sama dilibatkan dengan tokoh-tokoh yang mempunyai pengalaman dalam pentadbiran dan pengurusan, sama ada mereka dilantik sebagai Senator yang duduk dalam pembuat dasar, ataupun mereka dijemput khas dalam mana-mana program besar kerajaan nak buat satu polisi. Pandangan mereka itu diambil sebagaimana pandangan Menteri-menteri juga.

Dalam Perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri tak boleh tak bertanding, Perdana Menteri mesti orang bertanding. Kalau dia tak bertanding Perdana Menteri, dia tak boleh jadi Perdana Menteri.

Contohnya Anwar, kalau dia keluar daripada itu, dia memang nak jadi Perdana Menteri dia kena bertanding jugalah. Tanpa bertanding politik tak boleh. Kalau lantik dia sebagai Senator, untuk jawatan Menteri, Timbalan Menteri boleh, tapi Perdana Menteri tak boleh.

Jadi dalam kerajaan Teknokrat ialah satu gabungan team yang mengatur menyusun polisi-polisi kerajaan yang terdiri daripada tokoh-tokoh korporat, tokoh-tokoh akademik, tokoh-tokoh ilmuwan yang duduk bersama merangka dasar bagi negara, bukan hanya orang politik sahaja. Jadi, satu gagasan yang kita nak hargai pengalaman-pengalaman tokoh-tokoh yang berjaya ini.

Dan saya tengok sebab itu dia muncul satu gerakan baru kalau di Eropah pun, yang disebut sebagai Third Force. Third Force ini kuasa ketiga, politik ini jangan ada dalam kepala kita, hitam putih je, kalau tidak BN, pembangkang, tak boleh. Sekarang kita bentuk ketiga. Tak semestinya kalau dia bukan BN, maka dia bukan Pakatan Harapan, tak semesti.

Sebab itu kita kena bagimultiple choice kepada rakyat. Rakyat boleh pilih. Dia tak setuju kepada BN, tapi tak setuju kepada Pakatan Harapan. Jadi kalau dia tak ada pilihan ketiga, dia nak duduk di mana?

Jadi dia kena ada satu pilihan lagi, dia tengok BN dia tak setuju, PH tak setuju, kalau tengok kepada tulisan saudara Arul dalam PSM Parti Sosialis, dia cadangkan rosakkan kertas undi. Rosakkan kertas undi. Bagi dia, rosakkan kertas undi ini satu protes terhadap dua-dua parti yang tak betul ini. BN tak betul, PH tak betul. Dia cadang rosak. PAS kita tak cadang rosak, kita cadang tak setuju PH, tak setuju BN, pilih PAS.

Jangan tak ada pilihan, mesti ada pilihan. Rosakkan kertas undi kalau Kerajaan BN ini jenis kerajaan yang jenis ambil berat boleh tuan-tuan, PAS pernah boikot pilihan raya. PSM pernah boikot pilihan raya, tapi kita ada kerajaan yang pekak bisu tuan-tuan, tuan-tuan boikot apa pun dia buat tak tahu je.

PAS pernah boikot Pilihan Raya Kecil Batu Talam Raub, PAS boikot pilihan raya kerana kita tak setuju beberapa perkara. Tapi apa hasilnya? Tak ada. Kerajaan tak peduli pun rakyat yang boikot. Peratus keluar mengundi yang sangat rendah, dia tak peduli pun. Jadi, bagi kita, tak boleh boikot, tak boleh rosakkan kertas undi. Tapi, kalau anda tak setuju kepada Barisan Nasional, anda tak setuju kepada Pakatan Harapan, kami kemukakan pilihan untuk anda yang betul, Gagasan Sejahtera bersama dengan PAS.

(Transkrip oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR dan suntingan oleh Penolong Pengarang Berita Harakah, IZWAN ABDUL HALIM dari jawapan penjelasan oleh Timbalan Presiden PAS pada sesi dialog sempena Majlis Makan Malam Bersama Pimpinan Gagasan Sejahtera, 18 Januari 2018 di Dewan Chon Moi, Kota Tinggi) – HARAKAHDAILY 22/1/2018 

{/mprestriction}

- Advertisement -