PAS Semporna tembusi kubu kuat BN

- Advertisement -
SEMPORNA: Wadah perjuangan Islam melalui PAS semakin diterima masyarakat parlimen ini yang dibuktikan dengan dua penubuhan cawangan baharu PAS iaitu di Tanjong Kapor dan Sakong Kecil, di sini semalam.
 
Dalam perasmian yang disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Mohd Aminuddin Aling itu, beliau menyifatkan penyertaan bersama PAS menjadikan ‘nilai’ seseorang semakin tinggi.
 
“Kita menjadi lebih berharga dari sebelum ini. Maka menjadi tanggungjawab kita untuk terus mengajak masyarakat bersama-sama memperjuangkan Islam yang syumul.
 
“PAS Sabah merakamkan tahniah atas penubuhan dua cawangan ini dan harapan saya agar ia merupakan titik tolak untuk PAS Semporna terus melebarkan sayapnya,” ujar beliau.
 
Turut hadir ialah Setiausaha PAS Sabah, Dr Ali Akbar Gulasan dan para pimpinan PAS Sabah serta Yang DiPertua PAS Kawasan Semporna, Mohd Said Abdullah. – HARAKAHDAILY 22/1/2018
- Advertisement -