Rancang bina Maahad Tahfiz Sains seluruh negeri

- Advertisement -

SELANGOR merancang untuk membina Maahad Integrasi Tahfiz Sains (MITS) di seluruh negeri bagi memenuhi keperluan pelajar mendapat pendidikan peringkat menengah berteraskan Islam.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatan Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, perancangan terbabit dijalankan secara berterusan mengikut daerah, di negeri itu.

Katanya, sejak 2013 kerajaan negeri membangunkan dua MITS iaitu di Bagan Terap, Sabak Bernam dan Bagan Lalang, Sepang, lapor SelangorKini.

dr rani“Satu lagi MITS akan dibina pada tahun depan,” katanya menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Dr Abdul Rani Osman pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga memperuntukkan kira-kira RM2.7 juta bagi kedua-dua MITS berkaitan dalam tempoh dua tahun ini.

Adun Sijangkang itu menambah, ia meliputi perbelanjaan bagi pelantikan guru dan bukan guru, pembekalan kawalan asrama, kawalan keselamatan dan kontraktor pembersihan kawasan serta yang berkaitan.

- Advertisement -