PAS tegur Hazama ‘bertatu’ seluruh badan

- Advertisement -

PENAMPILAN penyanyi, Hazama dengan ‘bertatu’ seluruh badan atau berimej ‘bohemian style’ sangat melampau, kata Pengerusi Lajnah Kesenian dan Kebudayaan PAS Pusat, Ustaz Dr Riduan Mohamad Nor.

- Advertisement -

Apa lagi katanya, penyanyi terkenal itu beragama Islam dan berbangsa Melayu yang terkenal dengan adat dan sopan santunnya.

“Kita bimbang trend ini akan menular ke anak-anak muda,

“Tambahan pula ia boleh mempengaruhi ratusan ribu pengikut dan peminatnya terutama anak-anak muda dan remaja,” katanya kepada Harakahdaily hari ini.

MStar Online pada 27 Oktober lalu dipetik berkata, Hazama tampil dengan imej seperti Bob Marley dan bertatu di seluruh badannya menerusi muzik video Aku Bukan Dewa

Hazama berkata, dia memang sengaja menampilkan konsep sedemikian kerana dengan cara itu dia dapat menarik perhatian peminat menonton mesej yang cuba disampaikan.

Mengulas lanjut, kata Riduan, para artis dinasihatkan tidak berbuat demikian kerana mereka merupakan kelompok dan watak yang mempunyai peminat .

Beliau berkata, semua orang perlu meletakkan diri pada dengan landasan yang baik.

“Tidak rugi jika kita mengekalkan identiti Melayu Islam kerana dalam Islam tidak menolak seni dan hiburan tetapi mesti patuhi syariah,” tegasnya.

Katanya, beliau bimbang budaya bertatu yang semakin menjalar terutama kepada anak-anak remaja dan orang muda boleh membuatkan seseorang itu lupa diri.

Ini kerana katanya, mereka berasa dunia ini bebas dan terbuka bahkan mereka berasa tidak berdosa dan bersalah untuk meletakkan tatu.

“Bagi mereka mudah jika, bertaubat mereka mencari tempat untuk berubah, katanya lagi

Katanya, umat Islam kena ingat jika mereka bertatu bayangkan apa yang terjadi kepada air wuduk mereka untuk bersolat dan beribadah keapda Allah SWT. – HARAKAHDAILY 27/10/2017

- Advertisement -