Pesta baldi di Masjid Kristal ketika hujan

- Advertisement -

MASJID Kristal yang menjadi kebanggaan rakyat Terengganu seperti hidup segan mati tak mahu.

- Advertisement -

Ia dibina dengan kos RM23 juta merupakan dana royalti yang ditukar menjadi wang ehsan dan sekarang pula dikenali dana khas.

Masjid tersebut merupakan sebahagian daripada berpuluh-puluh projek mega dilaksanakan era pentadbiran Datuk Seri Idris Jusoh.

Keunikannya dibina daripada kaca dan keluli. Ia dianggap masjid pintar pertama di Malaysia mempunyai keluasan 2,146 meter persegi.

Masjid tersebut dikatakan boleh memuatkan 700 jemaah dilengkapi prasarana teknologi ICT dan liputan WiFi bagi membolehkan pengunjung mengakses internet.

Seni reka dikatakan dicipta arkitek bukan orang Islam sehingga tersasar arah kiblat. Selain pernah tersebar rakaman video wajah aneh di masjid berkenaan apabila lampu warna-warni dipasang pada waktu malam.

Malangnya belum pun 10 tahun pembinaannya, masjid yang gah itu kini menjadi buah mulut pelancong apabila kerosakan dikesan di sana sini.

Tinjauan Harakah mendapati sebanyak 28 keping cermin berlaku keretakan dan sehingga menyebabkan siling masjid berkenaan retak dan bocor.

Menurut sumber kerosakan sebenarnya dikesan pada 2008 lagi, namun ketika itu tidak seteruk sekarang.

Katanya, kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM305,000 bagi menampung kos gantian 28 kepingan kaca yang pecah.

Sekiranya pengunjung singgah ketika hujan, akan kelihatan ‘pesta’ baldi yang diletakkan di beberapa penjurunya.

Seorang pengunjung, Mohd Ali Kassim dari Pahang melahirkan rasa dukacita melihat cara pengurusan masjid yang dianggap lemah serta tidak terurus.

Katanya, beliau beberapa datang melihat Monumen Taman Taman Islam (TTI) dan Masjid Kristal, namun kerosakan semakin ketara.

“Maaf cakap, saya ingat kerajaan yang memerintah negeri hari ini sudah tidak mampu, kurang kreatif dan perlu ditukar,” ujarnya ketika ditemui Harakah semalam. – HARAKAHDAILY 27/10/2017

Mkristal 1

- Advertisement -