PAS akan teruskan misi kemanusiaan Rohingya

cx3
- Advertisement -

PAS tetap akan meneruskan misi kemanusiaan ke Myanmar demi etnik Rohingya, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan.

- Advertisement -

Ini katanya, sebagai  sokongan dalam membela nasib umat Islam Rohingya yang dizalimi dengan kejamnya oleh tentera Myanmar.

taki3Beliau berkata, misi bantuan PAS dibuat melalui PASRelief.

“Soal politik dan diplomatik kita serahkan kepada kerajaan,” katanya ketika  ditemui di ibu Pejabat Harakah, Jalan Pahang Barat, dekat sini.

Semasa berucap di parlimen, 23 Oktober lalu, Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Reezal Marican berkata, Malaysia tidaka akan putuskan hubungan dengan Myanmar walaupun ada cadangan supaya putuskan hubungan dengan Myanmar.

Katanya, jika kerajaan Malaysia memutuskan hubungan dengan Myanmar ia tidak selesai isu Rohingya.

Mengulas lanjut, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, PAS terus sedia bertaawun dalam aspek berkaitan dengan kepentingan umat Islam dan agama Islam amnya. – HARAKAHDAILY 25/10/2017

- Advertisement -