Rasuah lebih daripada mungkar?

- Advertisement -

BAHAGIAN 2: Wawancara Khas bersama Presiden Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) Dato’ Seri Zakaria Jaafar Wawancara Ekslusif Dato’ Seri Zakaria Jaffar.

- Advertisement -

CPI yang saya tunjuk ada beza antara skor dan ranking. Ranking ini boleh kita samakan dengan nombor dalam kelas. Skor ini markahnya. Untuk tahun 2012, skornya adalah 49. Daripada tahun 2012 hingga 2016, ada berlaku penurunan skor. Untuk tahun 2012 ranking adalah 54 daripada 176 buah negara kalau dialihkan kepada nombor adalah 30. Untuk tahun-tahun seterusnya, boleh rujuk jadual penuh. Anda boleh simpulkan begini, bila tangkapan banyak skornya rendah (tahun 2016). Sedangkan jumlah tangkapan SPRM pada 2016 adalah tinggi iaitu 939, sebaliknya skor rendah iaitu 49. Tangkapan sikit, skornya tinggi pula. Ini kerana persepsi.

Kalau SPRM aktif, tangkap banyak tangkap sana sini maka orang pun berkata – banyaknya rasuah. Persepsinya macam itu. Jadi hendak ukur macam mana? Hendak ukur SPRM ke, hendak ukur persepsi? Kalau hendak ukur persepsi, duduk diamlah senyap saja. Jangan tangkap orang maka CPI pun bagus. Soalan yang anda tanya ini very tricky, sukar untuk diperjelaskan. {mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Yang penting sekarang ini kita hendak bagi kesedaran kepada masyarakat supaya mengambil peranan, melibatkan diri dalam usaha-usaha pencegahan rasuah ini.

Di hadapan anda ada data persepsi dan sebenar. Apa beza persepsi dengan sebenar? Contoh anda banyak makan, orang mesti cakap dia ini kaki makan. Kalau anda kurang makan, orang akan cakap ini kedekut. Itu persepsi orang padahal anda hendak menjaga kesihatan. Jadi apa yang anda hendak ukur? Rasuah pun begitu juga, anda agak-agak dengan keadaan yang agresif sekarang ini – SPRM tangkap sana sini. Setakat Ogos 2017 sebanyak 674 tangkapan telah dilakukan, jika hendak lebih terperinci boleh rujuk laman web SPRM. Ketua Pengarah (KP) SPRM cakap sasaran tahun ini adalah sebanyak 1,000 tangkapan.

Kalau dapat 1,000 tangkapan anda fikir skor CPI naik atau turun kelak? Ikut logik skor CPI akan turun tetapi ikut penilaian mereka lagi teruk keadaannya. Orang yang tengok pun cakap, teruklah padahal bukan. Sebaliknya mungkin kerana mereka bersungguh-sungguh pihak SPRM buat kerja. Kamu hendak bersihkan negara dengan banyak tangkapan atau hendak bersih nama dengan persepsi?

Ibarat anda hendak jaga kesihatan atau hendak jaga daripada orang daripada bercakap yang anda gemuk? Itu maksudnya. Ia adalah dua nilai yang saling bertentangan. Kalau hendak baguskan persepsi, kurangkan kerja. Kalau hendak bersihkan negeri, banyakkan kerja maka persepsi teruklah. Data tadi diambil daripada Transparency International (TI) manakala statistik boleh dicapai dari laman web SPRM tentang data tangkapan ikut tahun.

Hendak cakap teruk atau tidak bukanlah isunya. Isunya adalah bagaimana kita hendak membersihkan negeri atau negara kita daripada rasuah ini. Itu peranan anda untuk menukar pemikiran masyarakat. Kalau hendak jawab juga, itu bergantung kepada strategi semasa.

Apa strategi semasa itu – kalau tahun ini strateginya hendak memperkuatkan tangkapan, ia akan beri kesan kepada CPI. Kalau hendak jaga CPI untuk nampak cantik memang boleh sebab duduk diam sahaja.

Saya selalu cakap pada kawan-kawan bahawa kita hendak bersihkan negara tetapi kalau hendak bersih 100 peratus itu memang satu perkara luar biasa. Namun begitu sekurang-kurangnya kita berusaha. Ambil contoh sejenis burung kecil yang cuba memadamkan api bakaran Nabi Ibrahim, bila ada yang bertanya kenapa berusaha sedangkan bawa hanya setitik air sahaja?

Burung tersebut menjawab, “Tidak mengapa sebab Tuhan tidak soal apa yang anda dapat tetapi Tuhan soal apa yang anda buat,”. Jadi kita didik dengan memberitahu dan memberi kefahaman. Masih ramai orang di luar sana yang tidak tahu, hendak terjemahkan data CPI .Sabenarnya CPI ialah persepsi orang luar mengenai rasuah di Malaysia.

Banyak pihak tidak menyedari usaha mencegah rasuah adalah satu bentuk ibadat berpanjangan dalam menentang kebatilan. Apa pandangan Dato’ Seri terhadap PAS dalam perkaitan dengan kenyataan ini?

Saya bercakap dari segi dalil Al-Quran. Allah SWT berfirman dalam Surah Ali-Imran Ayat 110:

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang ditampilkan untuk manusia, kerana kamu menyuruh berbuat yang ma’ruf, mencegah daripada yang mungkar, kerana kamu sebenarnya beriman kepada Allah SWT”.

Inilah konsep amar maaruf nahi mungkar. Mungkar yang paling besar, balasannya apa? Neraka. Bukankah rasuah ini adalah satu kemungkaran yang cukup besar kerana balasannya neraka. Dosa menderhaka kepada ibubapa tidak dikatakan masuk neraka lagi, cuma berdosa besar. Syurga dibawah tapak kaki ibu. Kalau ditanya kepada siapa anda harus melakukan kebaikan; kepada ibumu sebanyak 3 kali barulah kepada bapa. Dosa rasuah ini pula terus ke neraka. Jadi kerja cegah mungkar ini ialah satu pekerjaan yang besar iaitu cegah mungkar rasuah.

Sewaktu sepentas dengan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu majlis anjuran SPRM di Vistana Hotel, Kuantan Pahang. Saya cakap ayat yang serupa. Datuk Tuan Ibrahim menegur saya dengan berkata bahawa rasuah ini lebih daripada mungkar. Rupanya rasuah ini lebih teruk lagi daripada mungkar. Mungkar ini benda dosa. Sedangkan rasuah ini benda hina dina, kotor dan perkara yang terlalu dahsyat. Sebab itu balasannya neraka. kerja amar maaruf dan cegah mungkar ini adalah tuntutan agama.

Bila anda bercakap tentang PAS yang katanya memperjuangkan agama. PAS mengajak kepada maaruf dan mencegah mungkar. Kerana apa? Kerana keimanan. Ini kerana anda bertanya apa perkaitan dengan PAS. Jadi saya yakin dari segi dasar perjuangan yang dikatakan seperti itulah. Setakat ini PAS memerintah negeri Kelantan, nampak gayanya  belum ada lagi ahli politik PAS yang saya ingat dituduh terlibat dengan rasuah.  dari segi matlamatnya, mottonya mengatakan bahawa PAS hendak memerintah cara Islam.

Cara Islam adalah cara yang ditunjukkan oleh Al-Quran dan hadis. Jadi kalau PAS berpegang kepada Al-Quran dan hadis, maknanya PAS betul selagimana dia berpegang teguh kepada dua perkara tersebut. Kita pun diajar dalam agama bahawa tidak akan sesat selagimana kita berpegang teguh kepada dua perkara iaitu Al-Quran dan hadis. Sesiapa yang berpegang kepada dua perkara tersebut, dia tidak akan sesat kecuali dia cakap tetapi tidak buat. Itu cerita lain, kita pun tidak tahu. Tetapi kalau asal pun sudah tidak mahu berpegang kepada dua perkara tersebut, kita tidak boleh cakap macam itulah.

Kalau anda bertanya tentang pandangan saya, itulah jawapannya kerana orang yang melaksanakan tuntutan agama berdasarkan Al-Quran dan hadis maka itulah orang yang tidak akan sesat. Orang yang melaksanakan amar maaruf nahi mungkar.

Pengalaman saya 33 tahun tadi amar maaruf dalam negeri atau negara kita ini agak senang kerana kita boleh bercakap dan ajak orang buat baik. Akan tetapi bila mencegah mungkar, orang akan benci dengan kita. Tiada pula yang hendak tolong dan terima kasih kepada kita. Tiada yang bertanya tentang bajet, kecukupan staf, kepakaran, pengetahuan kita untuk melakukan siasatan ini. Sepatutnya perkara-perkara yang melibatkan kepentingan dan duit negara, pihak-pihak yang ada kemahiran tertentu tawarkanlah pertolongan. Nahi mungkar payah kecuali kerana keimanan kepada Allah. Kalau diikutkan saya ini sudah pencen, duduk sajalah di rumah. Tetapi saya tidak begitu, borang marah sedangkan Tuhan sayang maka tidak mengapa. Sebab apa? Saya mencegah bukan kerana benci kepada orang tetapi kerana sayang kepada orang. Usah kamu bina laluan ke neraka, saya cuba buat jalan ke syurga. Itupun kalau anda hendak dengar apa yang saya cakapkan. Begitu kaedahnya.

(Bersambung dalam Harakah 2287 akan datang) – HARAKAH 5/10/2017{/mprestriction}

- Advertisement -