Fastaqim 2.0 berkonsep santai dan menarik

- Advertisement -

TINJAUAN Harakahdaily di tapak Fastaqim 2.0 Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, mendapati mereka yang hadir menyifatkan program itu kali ini begitu menarik.

- Advertisement -

NapisahNapisah Abdullah, 70 dari Kuala Berang menyifatkan program itu bersifat santai dan menghiburkan. Katanya, disamping berhimpun dan bersantai, ia dapat mengeratkan hubungan bersama pada majlis ini.

“Alhamdulillah, begitu menarik program kali ini.

“Saya memang tak ketinggalan hadir pada program himpunan, muktamar yang diadakan di mana-mana negeri.

“Namun himpunan ini begitu hebat dan menarik,” ujarnya.

MaisaraMaisara Aneesa Pandi, 20 berharap cuaca akan berterusan baik agar program yang dianjurkan sepanjang dua hari itu dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Katanya, acara yang dianjurkan sempena fastaqim itu memenuhi tuntutan masyarakat pelbagai bangsa dan usia.

“Hiburan, permotoran, tazkirah, ucapan pimpinan dan lain-lain begitu bermakna,” ujarnya.

Sementara itu, Ustazah Rosmawati Abdullah, dari Kota Bharu Kelantan, keluasan tapak fastaqim memberi keselesaan pada pengunjung untuk terus hadir di sini sepanjang program berlangsung.

“Himpunan penyokong PAS khususnya dari seluruh negara ini menjadi cermin pada sokongan rakyat seluruhnya khususnya bagi menghadapi PRU14,” ujarnya.

Beliau memberitahu, telah ramai tetamu dari luar Terengganu dan Kelantan hadir pada majlis ini.
Menurutnya, beliau telah bertemu beberapa rombongan dari Kedah, Melaka dan Pahang.– HARAKAHDAILY 29/9/2017

- Advertisement -