Fastaqim 2.0: Santai tapi penuh mesej

- Advertisement -
KUALA NERUS: Sambutan Fastaqim 2.0 luar biasa dengan pemilihan lokasi cantik sesuai untuk santai keluarga pada hujung minggu terutama bagi pengunjung yang pertama kali sampai ke Terengganu.
 
Peluang mendengar pengisian dari Ustaz Azhar Idrus serta hiburan santai dari Abang Zul Handy Black memberikan satu pendekatan berbeza bukan sahaja berhibur, tetapi diselitkan dengan peringatan muhasabah bersama pengunjung yang hadir.
 
Pengalaman tersebut dikongsikan oleh salah seorang pengunjung Fastaqim 2.0 dari Melaka dikenali dengan panggilan Asyraf Khair 37, bersama keluarganya.
 
Katanya, PAS mempunyai kelebihan tersendiri dengan pengorbanan penggerak dari pelbagai lapisan umur melalui posisi yang masing-masing tanpa mengira penat dan lelah.
 
“Saya yakin PAS boleh memerintah negara dengan jika diberikan mandat dalam pilihan raya akan datang bahkan kekuatan PAS miliki adalah ahli yang komited serta tetap bersama kepimpinan.
 
“Beberapa himpunan anjuran PAS menunjukkan hasil luar biasa untuk rakyat menilai kekuatan PAS sebenar,” katanya. – HARAKAHDAILY 29/9/2017
- Advertisement -