Hijrah ke arah perubahan yang lebih baik

- Advertisement -

AWAL Muharram atau Maal Hijrah adalah hari penting bagi umat Islam untuk menandakan peristiwa penting yang terjadi dalam sejarah Islam memperingati penghijrahan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam dari Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masehi. Acara bersejarah berlaku pada 1 Muharram Tahun Baru untuk kalendar Hijriah. Tetapi tahun hijrah Nabi Muhammad dari Mekah ke Madinah diambil sebagai permulaan perhitungan untuk kalendar Hijrah.
 
Hijrah perlu difahami sebagai berpindah dari keadaan yang tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Pada ketika ini, kita dilanda dengan pelbagai ancaman dan agenda yang bertujuan untuk memusnahkan akidah umat Islam, terutamanya di Malaysia. Antaranya serangan terhadap pemikiran seperti liberalisme, pluralisme, sekularisme, dan lain-lain. Adakah kita sensitif atau celik dengan ancaman ini?
 
Bukan saja serangan dan ancaman akidah tetapi masalah kehidupan rakyat yang semakin terdesak sehingga membebankan kehidupan rakyat seperti masalah kenaikan harga barang harian, GST, dan penyalahgunaan kuasa sehingga kehidupan rakyat semakin tersepit dengan masalah ini.
 
Oleh itu, kita menyeru kepada semua rakyat bahawa kita perlu berubah dan berusaha untuk berpindah dari keadaan buruk kepada keadaan yang lebih baik dengan menukar sistem yang sedia ada secara keseluruhan dengan sistem Islam yang lebih adil untuk semua.
 
Dengan kesempatan pada permulaan Muharram ini, Kami menyeru  semua rakyat untuk bersedia menghadapi cabaran yang lebih besar, terutamanya mengubah sikap orang-orang yang sukar untuk menerima perubahan dari yang buruk ke yang lebih baik.
 
Selamat menyambut Maal Hijrah 1439H kepada semua semoga itu kita dapat menikmati kehidupan yang lebih baik daripada hari ini.
 
JOFRI JARAIEE
Pesuruhjaya PAS, Sarawak
1 Muharram 1439/22 September 2017.– HARAKAHDAILY 22/9/2017

- Advertisement -
- Advertisement -