Pensyarah lapor polis dakwa difitnah

- Advertisement -

BEKAS Mudir Pusat Pondok Kandis Bachok, Syeikh Wazir Che Awang didakwa memfitnah pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dengan menyamakan sebagai kucing kurap.

- Advertisement -

Dr Tuan Sapuan Tuan Ismail, 40 hari ini membuat laporan polis terhadap ustaz terbabit di Balai Polis Nilam Puri.

Katanya, bekas mudir terbabit membuat tuduhan palsu dan fitnah, di samping mengeluar kata-kata kesat.

“Segala tuduhan fitnah itu tersebar dalam klip video di laman sosial, facebook, whatsapp dan youtube.

“Saya membuat laporan ini bertujuan untuk membersihkan diri saya dan menafikan fitnah yang dilakukan Ustaz Wazir.

“Tuduhan seperti ini menjejaskan reputasi saya sebagai pensyarah, ketua jabatan usuluddin dan juga pendakwah,” katanya selepas membuat laporan polis itu.

Oleh itu Dr Tuan Sapuan berharap Ustaz Wazir dan individu yang menyebarkan video berkenaan tampil meminta maaf secara terbuka kepada beliau.

Beliau menghabiskan pengajian peringkat sarjana bidang hadis pada 2005 di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan berkhidmat di Kias pada tahun sama.

Pada Jan 2012 hingga Julai 2014 beliau menyambung pengajian dalam bidang sama di peringkat PhD. – HARAKAHDAILY 19/7/2017

- Advertisement -