Ulamak mahu Kedah kembali ke tangan PAS

- Advertisement -

MUKTAMAR di Kedah kali ini diharap memberi mesej untuk membolehkan PAS kembali berkuasa di negeri jelapang padi tersebut.

- Advertisement -

Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah Ustaz Mohd Rejab Md Akhir berharap kehadiran ulama dari seluruh negara memberkati usaha tersebut.

Katanya bumi Kedah yang terkenal dengan jelapang padi insya Allah akan akan menjadi jelapang PAS.

“Kita pastikan Kedah sekali lagi akan dipimpim PAS pada pilihan raya umum ke 14 tidak lama lagi, ” katanya pada ucapan aluan di Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat di SRIDU Tandop, hari ini.

Sebelum itu beliau meminta muktamirin berdiri membaca ikrar dalam bahasa Arab.

Di akhir ikrar beliau menyebut jahanam PAN sambil bertakbir tiga kali diikuti perwakilan yang hadir. Laungan itu bergema di seluruh dewan SRIDU. – HARAKAHDAILY 27/4/2017