Muktamar Dewan Ulamak turut jadi perhatian

- Advertisement -

MUKTAMAR Dewan Ulamak PAS turut menarik perhatian pemerhati politik berikutan desakan mengkaji balik hubungan dengan PKR diputus sebahagian PAS kawasan sebelum ini.

- Advertisement -

Muktamar yang berlangsung di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum Tandop berlangsung dalam suasana agak dingin, berikutan hujan di sini malam tadi.

Perasmiannya disempurnakan Timbalan Mursyidul Am Ustaz Datuk Ahmad Yakub. Perwakilan mengambil tempat di dewan SRIDU Darul Ulum.

Perwakilan mendaftar sebelum memasuk dewan, yang agak sendat dengan perwakilan yang datang dari seluruh negara.

Muktamar kali ke-56 bermula dengan alunan nasyid Asma ul-Husna, lagu PAS dan bacaan al-Quran Ustaz Mohd Fauzi Salleh.

Hadir sama wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan wakil Perhubungan PAS Kedah.

Sebahagian pemerhati berada di luar dewan. Manakala petugas media disediakan bilik khas di bangunan bilik darjah.

Muktamar kali ini bertema Membina Negara Sejahtera. Hadir sama Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, timbalan Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dan anggota jawatankuasa. – HARAKAHDAILY 27/4/2017

ulama1