Muslimat tidak terkecuali perjuangkan Islam

- Advertisement -

PERJUANGAN menegak kalimah tauhid adalah sunnah para rasul yang paling tinggi dan seluruh umat manusia wajib mengikuti sunnah perjuangan maka muslimah juga tidak terkecuali memperjuangkan Islam.

- Advertisement -

Muslimat yang mukminat adalah mereka terus istiqamah dengan gerak kerja perjuangan dalam menegakkan kerajaan Islam di atas muka bumi bahkan sentiasa mengutamakan kerja-kerja jemaah dan jihad dari urusan peribadi.

Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena Muktamar Dewan Muslimat PAS ke-54 di Markaz Tarbiyyah PAS Perak di Air Kuning, Taiping, hari ini.

“Muslimat perlu sentiasa mencari jalan penyelesaian ke atas setiap halangan yang dihadapi untuk terus thabat dalam perjuangan.

“Mutakhir ini kewujudan golongan wanita pejuang kemungkaran dan kesyirikan seperti golongan feminisme dengan mengatakan tuhan hanya wujud melalui getaran antaranya Siti Kasim dan tokok penegak memperjuangkan persamaan gender.

“Muslimat wajib berjuang bagi menentang kemungkaran yang dipelopori oleh mereka serta berusaha membetulkan keadaan demi memelihara akidah wanita dan kanak-kanak daripada ancaman fikrah songsang,” ujarnya.

Dewan Muslimat PAS Perak telah memilih “Istiqamah Menjana Kemenangan” sebagai tema bagi meneruskan legasi kepimpinan muslimat serta memastikan kemenangan PAS dalam PRU akan datang. – HARAKAHDAILY 9/4/2017

- Advertisement -