2 khabar gembira dari Parlimen

PAS
- Advertisement -

PENUH bersemangat hari ini walaupun baru tiba di rumah menjelang azan Subuh dek kerana persidangan Dewan Rakyat  tamat jam 5 pagi tadi.

- Advertisement -

Khabar 1: RUU Pindaan Akta 164 sudah ditarik balik oleh Kerajaan pada jam 1 pagi tadi. Bacaan kali ke-2 dan ke-3 RUU tersebut ditangguhkan ke sidang akan datang.

Khabar 2: RUU Pindaan Akta 355 tersenarai di giliran no 1 Aturan Urusan Mesyuarat hari ini. Insya Allah, Tuan Guru Presiden PAS akan membentangkan sepenuhnya RUU Persendirian 355.

Bagi yang ada kesempatan, saksikanlah siaran langsung detik bersejarah di Parlimen hari ini khas berkenaan RUU355…

Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Penyelidik PAS