Di saat mati pun aurat wanita dihormati

- Advertisement -

MUNGKINKAH wujud ekspoitasi untuk tujuan tertentu sehingga wanita yang menghadiri temuduga calon kru kabin sebuah syarikat penerbangan dikatakan perlu membuka baju?

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Kelantan, Mumtaz Md Nawi berkata, jika benar laporan tersebut ia amat mendukacitakan.

“Jika syarat setiap calon kru kabin terpaksa membuka baju, ia satu malapetaka terhadap wanita khususnya orang Islam.

“Islam tidak menghalalkan cara sedemikian, malah sehingga mati pun aurat muslimat tetap dihormati.

“Solat jenazah, soal kapan sekali pun tidak  sama dengan lelaki,” katanya pada Kuliah Bulanan Wanita Kelantan di Balai Islam, Kota Bharu hari ini.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan calon pramugari Malindo Air diminta membuka baju untuk pemeriksaan parut atau cacah pada sesi temuduga 11 Mac lalu.

Bagaimanapun syarikat penerbangan itu hari ini menafikan laporan mengenai prosedur pemeriksaan ke atas calon kabinnya.

Sebaliknya syarikat itu dilapor menjelaskan pemeriksaan untuk mengesan parut dilakukan secara profesioal dan tertutup oleh penyelia wanita sebagai sebahagian proses temuduga. – HARAKAHDAILY 5/4/2017

- Advertisement -