Tsunami Islam: Kebangkitan rakyat melaksanakan Islam

- Advertisement -

RAKYAT boleh memberikan kepercayaan kepada PAS dengan mengundi PAS dalam PRU akan datang apabila PAS dapat menguasai negeri-negeri maka arus Islam digerakkan oleh peringkat bawahan bahkan negeri juga berperanan seperti memperkenalkan sistem pentadbiran Islam sebenar kepada masyarakat.

- Advertisement -

Dengan usaha tersebut bakal menjadi contoh kepada pihak kerajaan pusat, contoh yang ada seperti negeri Kelantan dalam usia pentadbiran 27 tahun, PAS mampu memberikan tips terbaik walaupun kecil diterima oleh kerajaan apatah lagi jika diberikan peluang memerintah beberapa negeri lain.

Pandangan tersebut disuarakan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz ketila menjelaskan inpati pengertian Tsunami Islam yang dimaksudkan dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Perak ke -34, semalam.

“Pendekatan serta suasana ini dapat mencetuskan arus rakyat bersetuju memilih Islam sebagai satu cara hidup bahkan kita berterima kasih kepada Tun Ahmad Fairus yang menyatakan bahawa Islam bukan sahaja lahir dari akar umbi tetapi lebih baik datangnya dari pemerintah (atasan) terutama yang terlibat dengan perundangan negara.

“Sudah tiba masanya negara kita menggunakan perundangan Islam berbanding perundangan lain yang pasti lebih mengukuhkan umat Islam serta membela nasib umat Islam,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 3/4/2017

- Advertisement -