Mafla “The Bos Gaurus” hiasi muktamar pemuda

BosGaurus 3
- Advertisement -

KELAINAN yang ditampilkan dalam Muktamar Pemuda PAS Perak ke-34 dengan memakai mafla pasukan Bola Sepak Perak ‘The Bos Gaurus’ berwarna kuning sebagai tanda sokongan kepada sukan tarikan utama buat anak muda.

- Advertisement -

Seluruh perwakilan dan tetamu dilihat bergaya dengan mafla yang menggabungkan dua logo utama iaitu logo “The Boss Gaurus” dan logo Pemuda PAS Malaysia membuktikan Pemuda PAS Perak sentiasa memberikan kepercayaan untuk pasukan bola sepak sekaligus menaikkan prestasi bola sepak negeri Perak.

Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-34 yang berlangsung di Dewan Saujana, MH Hotel Sungai Siput pada 2 April semalam berjaya mengumpulkan seluruh perwakilan dari 24 Dewan Pemuda PAS Kawasan.

Sidang perwakilan telah setuju menerima usul memutuskan hubungan tahaluf siyasi bersama PKR tanpa bahas.

“Bola sepak adalah salah satu sukan yang menjadi tarikan anak muda bahkan sukan ini mampu menyatukan anak muda tanpa mengira fahaman politik.

“Pemuda PAS Perak sentiasa menyokong pasukan Bola Sepak Perak dengan turut serta hadir menonton beberapa perlawanan di Stadium Perak,” ujar Pengarah Muktamar Dewan Pemuda PAS Perak ke-34, Mohd Hilmi Afendi. – HARAKAHDAILY 3/4/2017

BosGaurus 2

- Advertisement -