PAS hadapi Umno, pembangkang jangan serang PAS

- Advertisement -

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا ۚ وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

- Advertisement -

MAKSUDNYA: “Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang yang sebelum mereka: khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang yang derhaka.” (Surah An-Nur 55)

Allah beri tiga nikmat kepada kita hari ini iaituIslam, berada dalam perjuangan, pikul amanah dalam perjuangan.

Ada orang yang dapat nikmat pertama sahaja tetapi tidak kedua dan ketiga. Ada juga yang dapat nikmat pertama dan kedua tetapi tidak  nikmat yang ketiga

Kita bersyukur kerana Allah berikan ketiga-tiga nikmat. Bukan semua orang sanggup pikul amanah ini. Kita tak kenal pencen kerana perjuangan tiada henti.

Kita syukur berada dalam PAS kerana ia gerakan Islam, gerakan massa melalui jalur dakwah, politik dan tarbiah.

PAS mampu bergerak walaupun diasak kuat. Ini kerana kita ada asas perjuangan kukuh iaitu Islam. PAS sentiasa hijau, evergreen ibarat pokok hijau disirami setiap pagi.

Teras politik di Malaysia ialah Melayu. Parti yang boleh lawan Umno ialah PAS. Sebab itu kami sebut kepada rakan pembangkang yang mahu lawan PAS: ‘Kalau kamu lawan kami, kamu rugi.’

Pilihan Raya Umum ke-14 mungkin PAS  berhadapan dengan Umno dan PH. Mereka (PH) anggap kita bersama Umno, satu rakit dengan Umno sedangkan kita ikut politik matang dan sejahtera.

Ada perkara yang boleh kita setuju, ada yang kita tak setuju. Isu seperti 1MDB dan GST, kita tentang. Isu yang menguntungkan umat Islam dan rakyat, kita setuju.

Sebab itu apa yang mereka buat ini sebenarnya menguntungkan DAP dan Umno sahaja apabila serang PAS.

DAP tak boleh memerintah Malaysia secara sendirian  tetapi ia boleh menentukan arah tuju dan dasar negara apabila mereka bersama memerintah. Cuba tengok Selangor. Apa yang dibuat oleh DAP. Begitu juga di Pulau Pinang.

Umno punca menyebabkan Pulau Pinang dikuasai oleh bukan Melayu (Islam). Sewaktu ada kuasa mereka tidak jaga Islam dan Melayu.

Sebab itu apabila PAS dalam Pakatan Rakyat dahulu, ada perkara yang kita tak setuju. Contoh dalam Buku Jingga. PAS tidak setuju dengan pilihan raya perbandaran tempatan di dalam Buku Jingga. Ia boleh beri kesan negatif. Kita tidak akan buat perkara yang lebih teruk dari Umno.

Kita berkawan dengan orang lain tapi kita ada prinsip, kita tak larut dengan suasana dan orang lain.

Pilihanraya sudah hampir.

Terengganu agak agresif menggerakkan jentera parti untuk menghadapi pilihan raya.

Orang muda tidak bersama Umno. Namun, mereka akan pilih parti mana? PAS Terengganu sudah tawar manifesto yang agak baik seperti belanja percuma untuk perkahwinan pertama.

Peringkat cawangan, kawasan fokus kepada gerak kerja menambah penyokong dan pengundi. Dasar, kerjasama dan lain-lain melibatkan prinsip serahkan kepada PAS Pusat.

PAS mesti kuat, jadi semak dan imbang kepada Umno. Contohnya dalam isu pindaan RUU355. Umno terpaksa ambil pendirian dalam isu ini. Andainya parlimen tolak, tetapi ‘parlimen rakyat’ terima.

RUU 355 ialah kunci kuasa utk membolehkan Dun buat pindaan dan meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Nasihat kepada perwakilan:
1.Pentingkan tarbiah nafs, terutamanya secara peribadi
2.Usrah cawangan
3.Jaga ukhuwwah
4.Rajin cari ilmu
5.Dakwah fardiah (individu) terutama kepada orang atas pagar
6.Hadir mesyuarat
7.Bayar yuran
8.Beri masa kepada PAS dua jam sehari
9.Jaga nama baik sendiri
10.Beli Harakah, baca, agih
11.Adakan kelas pengajian
12.Tubuh cawangan
13.Hadir majlis ceramah pimpinan
14.Sekat ideologi lain masuk dalam rumah dengan didik anak, isteri, menantu sokong perjuangan PAS.
15.Belajar ilmu pengurusan
16.Kuasai isu politik semasa
17.Anak lelaki libatkan dalam unit Amal, perempuan Briged Muslimat dan Nisa.

Pastikan UPU, lokaliti sendiri, Dun bersedia hadapi pilihan raya. – HARAKAHDAILY 5/3/2017

Catatan ucapan Ustaz Idris Ahmad oleh Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek, Timbalan YDP PAS Kemaman Sempena Mesyuarat Agung PAS Kemaman Kali Ke-57 di Mujamma’ As-Shafie, Pusat Pengajian Taman Islam, Kemaman pada 4 Mac 2017.

- Advertisement -