PASAR Binjai bakal dikenali Pasar Tok Kenali

- Advertisement -

PASAR Binjai yang dijangka siap dalam tempoh 10 hingga 11 bulan bakal dikenali dengan nama Pasar Tok Kenali.

- Advertisement -

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Demit, Mumtaz Mad Nawi berkata, usaha sama turut dilakukan pada pasar-pasar lain di Kelantan.

Menurutnya, ia bagi menjadi pandangan masyarakat terhadap lokasi tersebut ditukar kepada prospek lebih baik.

“Pasar dalam negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’ ialah pusat aktiviti masyarakat untuk mendapat keberkatan.

“Justeru, kita memberi nama pasar ini dengan nama Tok Kenali,” katanya ketika berucap pada majlis itu, dekat Kota Bharu.

Majlis pecah tanah pasar binjai itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Ustaz Bentara Kanan Ahmad Yakob, semalam.

Mumtaz dalam pada itu menyifatkan 4 Mac lalu merupakan hari yang bersejarah bagi Dun Demit kerana menerima kedatangan Menteri Besar.

Kedatangan tersebut bagi menyaksikan penyerahan kunci Dewan Dato’ Muhammad Daud al-Iraqi dan majlis pecah tanah Pasar Binjai.

“Pembinaan pasar ini memang sudah dinanti-nantikan oleh penduduk di Kubang Kerian khususnya Dun Demit secara umum.

“Pemilihan lokasinya juga menarik kerana terletak di sebelah sungai dan banyak lagi program pelancongan dapat dimajukan,” katanya. – HARAKAHDAILY 5/3/2017

- Advertisement -