Kelantan perkasa semula Enakmen Kawalan Hiburan

Hilmi Abdullah
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan berusaha memperkasakan semula Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 yang dilaksanakan sejak lebih 25 tahun lepas.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, pihaknya sedang menyediakan deraf bagi menyemak semula enakmen tersebut sebelum dibentang di persidangan Dewan Negeri (DUN).

Katanya, enakmen sedia ada sudah lama dikuatkuasakan sejak diwarta pada tahun 1998 tanpa dilakukan sebarang pindaan selepas itu.

“Pindaan juga dibuat bagi menaikkan kadar denda dan hukuman penjara. Banyak klausa baharu akan dimasukkan untuk disesuaikan dengan suasana semasa.

“Begitu juga tafsiran berkaitan hiburan termasuk aktiviti jualan tiket, tontonan serta promosi hiburan secara atas talian,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu ditanya mengenai penganjuran majlis hari raya melibatkan artis wanita menyanyi di atas pentas baru-baru ini katanya, pihaknya masih mengesan penganjur program tersebut.

Kata beliau program terbabit difahamkan diadakan pada 4 Syawal, di mana ketika itu agensi penguatkuasaan dan pihak berkuasa lain masih bercuti.

“Namun sebaik sahaja kita mendapat makluman, kita jalankan siasatan ke atas pihak terbabit,” katanya.

Menurutnya juga jika sabit kesalahan pihak penganjur boleh dikenakan kompaun atas kesalahan penganjuran hiburan tanpa permit, di mana boleh didenda sehingga RM20,000 dan penjara 5 tahun. – HARAKAHDAILY 24/4/2024

- Advertisement -