Majlis Riang Ria Raya Aidilfitri rai warga UniMAP

- Advertisement -

ARAU: Majlis Riang Ria Raya Aidilfitri  Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bergema dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan di Dewan Ilmu, di sini hari ini.

- Advertisement -

Naib Canselor, Prof Dato’ Ts, Dr Zaliman Sauli berkata, majlis tahunan itu diadakan khusus untuk meraikan seluruh warga UniMAP.

“Untuk makluman semua, majlis ini sebenarnya adalah majlis tahunan kita bagi sambutan hari raya khusus untuk meraikan warga UniMAP.

“Semoga majlis ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama warga UniMAP, insya-Allah,” katanya.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang juga Canselor UniMAP dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, yang juga Pro-Canselor UniMAP berkenan hadir pada majlis itu.

Menurut Zaliman, penyediaan juadah dilakukan secara bersama oleh semua fakulti dan pusat pengajian.

“Penyediaan juadah hari ini diamanahkan kepada semua fakulti dan pusat pengajian di UniMAP dengan 16 gerai dibuka.

“Pelbagai menu menarik disajikan antaranya kambing golek, kebab, sate ayam dan daging, lontong, nasi impit, nasi tomato, kurma daging, ayam masak ros, bihun sup, lai ci kang, cendol, teh tarik dan pelbagai menu lagi,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 22/4/2024

- Advertisement -