UAE gantung hubungan diplomatik dengan Israel

UAE memilih untuk memutuskan hubungan diplomatiknya dengan Israel. (FOTO: Arab Center Washington DC)
- Advertisement -

ABU DHABI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan untuk menggantung hubungan diplomatik dengan Israel susulan insiden kematian tujuh pekerja bantuan kemanusiaan daripada World Central Kitchen (WCK), di Gaza baru-baru ini.

Menurut kenyataan daripada Menteri Luar UAE, Abdullah bin Zayed, negaranya telah menyatakan kemarahan berikutan kematian itu kepada Menteri Luar Israel, Israel Katz menerusi panggilan telefon yang dibuat, lapor agensi i24 News.

- Advertisement -

Sementara itu, Ketua Pengarah Kementerian Luar Israel, Yaakov Blitshtein telah melakukan perjumpaan bersama duta UAE ke Israel, Mohammed Mahmoud Al Khaja bagi mencari penyelesaian terhadap isu hubungan diplomatik kedua-dua negara berkenaan.

“Situasi sekarang ini merupakan hari yang paling gelap bagi hubungan antara kedua-dua negara”, ujar Al Khaja.

UAE dan Israel telah sama-sama menjalankan aktiviti perdagangan dan hubungan tidak rasmi sejak 2010, sebelum sama-sama bersetuju untuk menjalinkan hubungan diplomatik secara rasmi pada 2020 melalui perjanjian yang diketuai oleh Amerika Syarikat. – HARAKAHDAILY 5/4/2024

- Advertisement -