Didik murid PASTI bukan mahu kejar kekayaan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Tekanan kerajaan terhadap Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dijangka tidak menjejaskan proses pendidikan awal kanak-kanak.

- Advertisement -

Pengerusi PASTI Aula Jalan Raja Dewa dekat sini, Hamdan Yusof berkata, tenaga pengajar PASTI merupakan sukarelawan yang komited menabur bakti dan dakwah kepada masyarakat.

Katanya, tekanan terbaharu di bawah kerajaan Madani berkaitan kadar gaji minium RM1,500 sebulan.

“Biarpun pelbagai tekanan diberi namun PASTI terus utuh dengan mendapat sokongan padu masyarakat sehingga terus melebar ke seluruh negara,” katanya di sini.

Pengurus PASTI Aula, Mokhtar Ismail pula berkata, banyak tekanan diberi terhadap PASTI di mana terbaru memo Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTK) menyiasat institusi pendidikan itu berkaitan kadar gaji minimum guru.

Dahulu katanya ada dakwaan pelajar PASTI memijak gambar pimpinan tertinggi negara, sebaliknya apabila siasatan polis dilakukan didapati,tidak wujud.

Beliau berkata tindakan kerajaan mahu mencampuri urusan pentadbiran PASTI bagi tujuan politik bagi menyekat perkembangan pemikiran Islam yang dibawa PAS dalam masyarakat.

“Jadi dengan menekan PASTI dengan harapan mereka institusi pendidikan itu akan suram dan tiada sambutan,” katanya.

Sementara itu Penyelia Guru PASTI Aula, Rohani Awang Lah berkata tenaga pengajar PASTI bukan semata-mata mengajar murid, sebaliknya sebagai penggerak kerja-kerja dakwah.

Katanya, sukarelawan PASTI bukan bertujuan untuk mengejar kekayaan bahkan untuk menyambung kerja dakwah yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad menerusi sektor pendidikan.

Kata beliau ibu bapa puas hati dengan akhlak dan adab anak mereka, di samping pandai membaca doa, al Quran dan solat.

“Balik ke rumah bagi salam. PASTI beri didikan agama kepada anak kita dan hidup dengan cara Islam, itulah yang kita nak,” katanya.

Seorang lagi tenaga pengajar Nurul Nadia Mohamad lulusan Universiti Sultan Azlan Shah berkata, saguhati yang diterima sudah memadai kerana tugas utama mendidik anak-anak memahami agama.

Menurutnya juga PASTI mempunyai pusat latihan khusus bagi melahirkan tenaga pengajar yang berkemahiran. – HARAKAHDAILY 5/4/2024

- Advertisement -