
BOGOTA: Presiden Colombia, Gustavo Petro menolak sokongan baharu oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk calon sayap kanan Abelardo de la Espriella dan menggesanya supaya tidak campur tangan dalam kempen presiden Colombia, beberapa hari sebelum undian pusingan kedua.
Kenyataan Petro itu dibuat selepas Trump mengulanginya awal hari itu dalam catatan platform sosial sokongannya untuk De la Espriella, calon yang memegang dua kewarganegaraan Colombia dan Amerika Syarikat, lapor Xinhua.
De la Espriella bertanding menentang Ivan Cepeda dari gabungan Historic Pact yang memerintah dalam pilihan raya 21 Jun.
Dalam catatan di X, Petro berkata undang-undang Colombia melarang campur tangan asing dalam pilihan raya dan memberi amaran terhadap percubaan untuk mempengaruhi pendapat umum melalui pembiayaan asing atau kempen maklumat salah.
“Saya memaklumkan Presiden AS Donald Trump bahawa Perlembagaan Colombia melarang sokongan dan wang asing,” tulis Petr.
Tambah Petro, sebarang percubaan untuk mengubah kehendak pengundi dengan sumber dari luar negara adalah menyalahi undang-undang.
“Saya sebagai presiden Colombia, meminta anda untuk tidak campur tangan dalam kempen pilihan raya yang akan ditentukan secara bebas oleh rakyat Colombia, bukan anda.
“Sesiapa yang menang akan mengekalkan persahabatan lebih daripada dua abad antara Colombia dan Amerika Syarikat,” katanya. – HARAKAHDAILY 12/6/2026











