
PARIS: Firma Israel BlackCore, yang disyaki campur tangan dalam pilihan raya tempatan Perancis pada bulan Mac, juga disyaki campur tangan dalam pilihan raya di Bandar Raya New York dan Scotland, dan beroperasi di Angola dan Togo, dedah ketua perkhidmatan pengesanan maklumat salah Perancis, Viginum.
Siasatan bersama oleh akhbar harian Perancis, Libération dan Haaretz, yang menganalisis jejak digital BlackCore, telah menemui satu set alat sistem operasi pengaruh yang disalurkan melalui pelayan di Britain, Jerman, Finland dan Lithuania.
Menurut laporan kedua-dua akhbar tersebut, pihak berkuasa Perancis mengenal pasti BlackCore yang merupakan sebuah sebuah firma ‘berpengaruh elit, siber dan teknologi’ Israel yang menyifatkan diri mereka sendiri ebagai pengendali yang disyaki di sebalik kempen maklumat salah yang menyasarkan calon sayap kiri dalam pilihan raya perbandaran Perancis 2026.
BlackCore kini menjadi subjek dua siasatan di Perancis; satu oleh pendakwa raya Paris dan satu lagi oleh agensi perisikan domestik, yang sedang menyiasat siapa yang mungkin telah mengarahkan kempen tersebut.
Ketua Viginum, Marc-Antoine Brillant berkata, sistem BlackCore telah berkongsi infrastruktur web dengan laman web yang menempatkan sistem dalaman dua syarikat Israel, iaitu Galacticos dan SNI.
“Modus operandi ini tidak terhad kepada pilihan raya perbandaran di Perancis.
“Ia juga nampaknya telah digunakan untuk menjalankan operasi gangguan digital asing di negara atau wilayah lain, seperti Angola, Togo, pilihan raya di Scotland dan pilihan raya perbandaran 2025 di New York,” katanya. – HARAKAHDAILY 2026











