Komitmen tinggi bantu rakyat tanpa peruntukan kerajaan

Salamiah Mohd Nor
- Advertisement -

TEMERLOH: Meskipun peruntukan wakil rakyat pembangkang disekat oleh kerajaan, Ahli Parlimen Temerloh, Salamiah Mohd Nor berjaya membuktikan beliau boleh melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat.

- Advertisement -

Ini terbukti melalui catatan prestasi direkodkan melalui Kad Laporan Tahunan 2025 yang dikeluarkan baru-baru ini.

‘Report card’ tersebut merangkumi analisis perbelanjaan, laporan dan statistik berkaitan aduan, ziarah, bantuan serta program-program yang berjaya dilaksana untuk warga Temerloh.

Laporan Kewangan Tahunan 2025 merekodkan jumlah keseluruhan perbelanjaan untuk program dan aktiviti rakyat adalah sebanyak RM185,939.35.

Jumlah tersebut merupakan hasil terkumpul daripada sebahagian gaji Ahli Parlimen, sumbangan ahli-ahli PAS dan Perikatan Nasional, NGO serta individu perseorangan.

Ini mencerminkan tahap komitmen tinggi beliau melalui pengurusan dana yang telus.

Bagi Sistem Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Temerloh pula, berdasarkan statistik, sebanyak 892 bantuan telah berjaya disalurkan terhadap golongan berhak.

Seramai 1,320 penerima pelbagai kategori merangkumi golongan asnaf, bukan Islam, orang kurang upaya (OKU), orang sakit, warga emas, ibu tunggal, anak yatim dan penduduk terlibat bencana menerima manfaat.

Selain itu, pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pentadbiran (Ekonomi Analisa) dari Universiti Malaya tersebut turut cemerlang dan konsisten hadir persidangan Parlimen.

Beliau mencatat peratus kehadiran sebanyak 98.6 peratus iaitu hanya sekali sahaja tidak hadir dalam tempoh 73 hari parlimen bersidang yang mana 26 daripada 31 isi perbahasan beliau adalah berkisar tentang isu Temerloh.

“Terima kasih kepada seluruh warga Temerloh atas kepercayaan dan sokongan yang terus diberikan, meskipun kita berdepan pelbagai cabaran dan ketidakadilan.

“Amanah ini tetap digalas dengan penuh komitmen, terutamanya dalam memastikan kebajikan rakyat terbela dan keperluan kawasan terus diberi perhatian,” ujarnya melalui hantaran di laman Facebook beliau, kelmarin.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang itu menang bagi kerusi Parlimen Temerloh dengan majoriti 5,520 undi menewaskan calon Barisan Nasional yang juga bekas Exco Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Samsuddin, Hasbie Muda (Pakatan Harapan) dan Aminuddin Yahya (Gerakan Tanah Air).

Kad Laporan Tahun 2025 Ahli Parlimen Temerloh dalam format e-book boleh diakses pada pautan Bacaan dalam format e-book boleh diakses pada pautan berikut: https://heyzine.com/flip-book/095e292bfa.html – HARAKAHDAILY 7/5/2026

- Advertisement -