Sedekah kepada semut

- Advertisement -

Soalan:

Sedia maklum jika kita beri makanan kepada haiwan yang hidup dikira sedekah. Adakah dikira sedekah juga kalau beri makanan kepada semut?

- Advertisement -

Jawapan:

Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.: Bertanya para sahabat r.a. kepada Nabi sollallahu alaihi wasallam:

يَا رَسُولَ اللَّهِ وَإِنَّ لَنَا فِي هَذِهِ الْبَهَائِمِ لَأَجْرًا فَقَالَ فِي كُلِّ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ

Ertinya: “Wahai Rasulullah sungguhkah dapat bagi kami pahala berbuat baik pada sekalian haiwan ini? Sabdanya: Pada setiap hati yang basah ada pahala.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Bermula yang dimaksudkan dengan hati yang basah pada hadis ini ialah haiwan yang hidup yang bererti berbuat baik kepada haiwan yang hidup itu mendapat pahala.

Berkata Imam Nawawi:

فِي كُلِّ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ مَعْنَاهُ فِي الْإِحْسَانِ إِلَى كُلِّ حَيَوَانٍ حَيٍّ بِسَقْيِهِ وَنَحْوِهِ أَجْرٌ وَسُمِّيَ الْحَيُّ ذَا كَبِدٍ رَطْبَةٍ لِأَنَّ الْمَيِّتَ يَجِفُّ جسمه وكبده ففى هذا الْحَدِيثِ الْحَثُّ عَلَى الْإِحْسَانِ إِلَى الْحَيَوَانِ الْمُحْتَرَمِ

Ertinya: “Pada setiap hati yang basah ada pahala maknanya pada berbuat baik kepada sekalian haiwan yang hidup dengan sebab memberi minumnya dan seumpamanya berpahala. Dan dinamakan yang hidup itu dengan empunya hati yang basah kerana sungguhnya yang telah mati itu kering tubuhnya dan hatinya. Maka pada hadis ini menggalakkan atas berbuat baik kepada haiwan yang dihormati syarak.” (Kitab Syarah Sahih Muslim)

Kesimpulannya, memberi makanan kepada haiwan sekalipun haiwan yang kecil seperti semut mendapat pahala seperti bersedekah.

Wallahua’lam. – HARAKAHDAILY 1/4/2026

- Advertisement -