
TENTERA Iran atau IRGC terus ‘menghujani’ negara haram Israel dengan serangan peluru berpandu balistik dan dron yang menyasarkan Tel Aviv, Haifa, Jerusalem, Beit Shemesh, Negev, Haifa, Eilat, Beersheba, Galilee, pangkalan tentera udara Tel Nof dan lain-lain tempat lagi. Tentera Iran atau IRGC turut menyatakan bahawa ia telah melancarkan serangan dron ke atas industri utama serta sistem komunikasi dan perisikan di negara haram Israel seperti pusat perisian industri Siemens berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion dan pusat komunikasi AT&T di Haifa.
Tentera Iran atau IRGC terus melancarkan serangan udara dan dron ke atas aset-aset strategik dan pangkalan tentera Amerika Syarikat di Bahrain, UAE, Qatar, Kuwait, Arab Saudi, Jordan dan Erbil di wilayah Kurdistan termasuk pangkalan tentera udara Victoria di Baghdad, Iraq. Tentera Iran atau IRGC menyatakan bahawa ia telah melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas penempatan juruterbang dan anggota tentera udara Amerika Syarikat (AS) di pangkalan tentera udara Al-Kharaj, Arab Saudi di mana ketika itu dilaporkan terdapat 200 orang anggota tentera Amerika Syarikat berada di lokasi tersebut. Tentera Iran atau IRGC turut dilaporkan melancarkan serangan ke atas ibu pejabat Batelco, syarikat telekomunikasi terbesar Bahrain yang turut menempatkan pusat operasi Amazon Web Service, sistem anti drone (HAWK) armada kelima tentera laut Amerika Syarikat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain, dua radar sistem amaran awal di pangkalan tentera udara Ahmad Al-Jaber, Kuwait dan kedudukan tentera marin Amerika Syarikat di pesisir pantai UAE.
Tentera Iran atau IRGC telah mengeluarkan amaran kepada Amerika Syarikat khususnya kepada syarikat AI dan IT Amerika Syarikat yang beroperasi di Timur Tengah dan terlibat dalam membina sistem dan aplikasi menjejak sasaran dalam operasi ketenteraan ke atas Iran yang mengakibatkan terkorbannya orang awam Iran, bahawa kini ia telah menjadi sasaran yang sah dan menggesa pekerja syarikat terbabit segera meninggal premis masing-masing dan orang awam yang tinggal berdekatan beredar selewat-lewatnya pada jam 8 malam ini (waktu Tehran). Antara syarikat yang menjadi sasaran adalah:
1. Cisco
2. Hewlett Packard (HP)
3. Intel
4. Oracle
5. Microsoft
6. Apple
7. Google
8. Meta
9. IBM
10. Dell
11. Palantir
12. Nvidia
13. JP Morgan
14. Tesla
15. General Eletric
16. Spire Solution
17. Boeing
18. G42
Hezbullah terus melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas negara haram Israel dan kedudukan tentera penjajah rejim Zionis Israel dengan menyasarkan serangan ke atas Tel Aviv, Galilee, Haifa, Misgav Am, Shomera, Naqoura, Avivim, Kiryat Shmona, Metula, Dovev, Nahariya, Malikiya, Yir’on, Adaisseh dan sebahagian besar wilayah utara negara haram Israel. Pertempuran sengit dilaporkan berlaku di hampir seluruh kawasan di sempadan selatan Lubnan dan negara haram Israel antara anggota Hizbullah dan tentera rejim penjajah negara haram Israel seperti di Antara, Beit Lif, Dier Siryan, Qantara, Taybeh dan Aitaroun. Dilaporkan dalam pertempuran sengit yang bermula semalam, 5 orang tentera penjajah rejim Zionis Israel mati dengan 4 orang lagi dilaporkan cedera. Hizbullah juga dilaporkan telah melancarkan serangan dron ke atas pangkalan tentera laut Rosh HaNikra, kedudukan sistem pertahanan udara di Mishmar HaCarmel dan ibu pejabat agensi perisikan Unit 8200 di Tel Aviv.
Tentera udara Amerika Syarikat dan negara haram Israel terus melancarkan serangan udara ke atas Iran dengan menyasarkan Tehran, Isfahan, Shiraz, Zanjan, Bandar Abbas dan lain-lain tempat lagi.
Tentera udara negara haram Israel terus melancarkan serangan udara ke atas Lubnan dengan menyasarkan Beirut, Tyre, Bint Jbeil, Aita al-Shaab, Jibchit, Nabatieh, Sarafand, Kafra, Baraachit, Khaldeh dan sebahagian besar bandar di selatan Lubnan.
Jurucakap Tentera Yaman atau Ansarullah, Yahya Saree mengumumkan bahawa Yaman telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Selatan negara haram Israel hari ini.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dalam laman media sosial Truth Social menempelak sekutunya dari Eropah kerana tidak membantu Amerika Syarikat dalam operasi ketenteraan ke atas Iran dan rungutan negara Eropah akibat kekurangan bekalan ‘jet fuel’ berikutan sekatan ke atas Selat Hormuz dengan berkata “No 1, beli dari Amerika Syarikat, kami ada banyak dan kedua, bina kekuatan, pergi ke Selat Hormuz dan ambil. Anda perlu mula belajar berjuang untuk diri sendiri, Amerika Syarikat tidak akan berada di sana untuk membantu anda lagi sebagaimana anda tidak membantu Amerika Syarikat. Iran pada dasarnya telah musnah. Bahagian yang susah telah berakhir, pergi ambil minyak sendiri”.
Media negara haram Israel, Hayom melaporkan bahawa Perdana Menteri negara haram Israel, Benjamin Netanyahu telah memberitahu beberapa orang pegawai tertinggi Amerika Syarikat bahawa jika berlakunya perjanjian antara Amerika Syarikat dan Iran, ia tidak akan menghad atau menghentikan operasi ketenteraan ke atas Lubnan.
Hizbullah telah menafikan secara mutlak dakwaan Kementerian Dalam Negeri Bahrain yang menuduh Hizbullah mempunyai hubungan dengan individu tertentu dalam Bahrain, memberi latihan di Lubnan dan mengumpul dana tanpa sebarang alasan.
China dan Pakistan secara bersama telah mengeluarkan cadangan inisiatif lima perkara untuk memulihkan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah.
The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan bahawa Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah memberi isyarat bahawa beliau bersedia untuk menamatkan peperangan dengan Iran walaupun Selat Hormuz masih lagi ditutup. WSJ turut melaporkan bahawa UAE mahu membuka ’secara paksa’ Selat Hormuz dan terbuka untuk menyertai peperangan.
Dilaporkan bahawa sorang wartawan Amerika Syarikat, Shelly Kittleson telah diculik di Baghdad, Iraq oleh kumpulan bersenjata yang tidak dikenali.
Poland telah menolak permintaan Amerika Syarikat untuk menempatkan dua sistem pertahanan udara Patriot milik Poland di Timur Tengah.
Tiga anggota tentera pengaman UNIFIL dari Indonesia terkorban berikutan serangan peluru berpandu yang dipercayai oleh tentera udara negara haram Israel di Adshit al-Qusayr, Lubnan.
Itali dilaporkan telah menghalang tentera udara Amerika Syarikat daripada menggunakan pangkalan tentera udara Sigonella untuk pesawat yang terbabit dalam operasi ketenteraan di Iran.
“Kembali Kepada Penyelesaian Islam”
DR MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa PAS Pusat
ADUN Batu Buruk
12 Syawal 1447H / 1 April 2026 – HARAKAHDAILY 1/4/2026











