
PERIKATAN Nasional memandang serius ketegangan yang tercetus kebelakangan ini berkaitan isu rumah ibadat yang didakwa dibina di atas tanah milik pihak lain termasuk tanah kerajaan.
Perkara yang melibatkan sensitiviti agama dan hubungan antara kaum mesti ditangani secara berhemah, berlandaskan undang-undang serta melalui saluran pentadbiran yang sah, dan bukannya melalui tindakan emosi, provokasi atau keganasan.
Insiden seperti pembakaran kenderaan serta serangan fizikal adalah amat dikesali dan tidak boleh diterima sama sekali. Tindakan sedemikian hanya akan menjejaskan keharmonian masyarakat serta mengundang ketegangan yang lebih besar dalam kalangan rakyat.
Malaysia dibina atas asas kepelbagaian kaum, agama dan budaya yang telah sekian lama menjadi kekuatan negara. Oleh itu, sebarang pertikaian berkaitan pemilikan tanah, rumah ibadat atau isu pentadbiran hendaklah diselesaikan melalui proses undang-undang dan pihak berkuasa yang berkaitan, tanpa mana-mana pihak mengambil tindakan sendiri yang boleh mengancam ketenteraman awam.
Dalam masa yang sama, Perikatan Nasional menggesa kerajaan supaya bertindak segera, telus dan tegas dalam menangani kontroversi ini sebelum ia terus mencetuskan ketegangan yang lebih serius.
Kelewatan memberikan penjelasan dan penyelesaian yang jelas hanya akan membuka ruang kepada penyebaran maklumat tidak tepat, propaganda yang diputar belit serta spekulasi liar di media sosial, yang berpotensi mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama.
Sehubungan itu, Perikatan Nasional menyeru semua pihak termasuk pemimpin masyarakat, tokoh agama, pertubuhan sivil serta orang ramai supaya menahan diri, mengelakkan provokasi dan tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan.
Perpaduan, keamanan dan kestabilan negara mesti terus dipelihara demi kepentingan semua rakyat Malaysia.
Dikeluarkan oleh:
YB DR HALIMAH ALI
Ketua Portfolio Perpaduan Negara
Perikatan Nasional
12 Mac 2026 | Kuala Lumpur
Address worship place issue immediately, prevent escalating racial tensions
Perikatan Nasional views with serious concern the tensions that have recently arisen regarding issues involving houses of worship allegedly built on land owned by other parties, including government land.
Matters involving religious sensitivities and interethnic relations must be handled prudently, based on the law and through legitimate administrative channels, rather than through emotional reactions, provocation, or violence.
Incidents such as the burning of vehicles and physical attacks are deeply regrettable and completely unacceptable. Such actions will only undermine social harmony and invite greater tensions among the people.
Malaysia was built on the foundation of ethnic, religious, and cultural diversity, which has long been a strength of the nation. Therefore, any disputes related to land ownership, houses of worship, or administrative matters must be resolved through legal processes and the relevant authorities, without any party taking matters into their own hands in ways that could threaten public order.
At the same time, Perikatan Nasional urges the government to act swiftly, transparently, and firmly in addressing this controversy before it escalates into more serious tensions.
Delays in providing clear explanations and solutions will only create space for the spread of inaccurate information, distorted propaganda, and wild speculation on social media, which could inflame racial and religious sentiments.
In this regard, Perikatan Nasional calls on all parties, including community leaders, religious figures, civil society organisations, and the public, to exercise restraint, avoid provocation, and refrain from spreading unverified information.
The unity, peace, and stability of the nation must continue to be safeguarded for the benefit of all Malaysians.
Issued by:
YB DR HALIMAH ALI
Head of National Unity Portfolio
Perikatan Nasional – HARAKAHDAILY 12/3/2026











