PAS sokong Kerajaan Perlis, tolak Exco demi prinsip dan Raja Berperlembagaan

- Advertisement -

ADA YANG kata, bila PAS buat keputusan untuk tidak menganggotai Exco di Perlis, dilihat seperti PAS berkonfrontasi dengan Istana. Tak betul itu.

Cuba perhati betul-betul pendirian PAS (seperti kenyataan Setiausaha Agung PAS). Ada dua perkara pokok.

Pertama, PAS berpendirian untuk terus menyokong Kerajaan Negeri Perlis.

Ayat ‘meneruskan kelangsungan dan keberadaan PAS dalam Kerajaan Negeri Perlis’ dalam kenyataan SUA PAS itu dalam bahasa mudahnya bermaksud menyokong Kerajaan Negeri.

- Advertisement -

Kedua, walaupun PAS menyokong Kerajaan Negeri, namun pendirian PAS adalah tidak menganggotai Exco Kerajaan (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri), jika dilantik.

Pendirian menyokong Kerajaan Negeri, kerana menjunjung konsep Raja Berperlembagaan dan menghormati kebijaksanaan Tuanku Raja. Sebab itu semua enam wakil rakyat PAS hadir ketika majlis angkat sumpah Menteri Besar baharu.

Manakala pendirian untuk tidak menganggotai Exco Kerajaan Negeri, kerana bersolidariti bersama Menteri Besar sebelum ini yang meletakkan jawatan. Juga sebagai mesej tidak bersetuju dengan perbuatan ADUN yang menjatuhkan Menteri Besar.

Lagipun, mengikut undang-undang di Perlis, difahamkan MB boleh membentuk Kerajaan Negeri walaupun hanya dengan melantik 4 orang Exco sahaja.

Sebab itu Menteri Besar Perlis umum akan lantik semua 4 orang ADUN BERSATU sebagai Exco. Itu jumlah minimum. Urusan kerajaan boleh berjalan. Tak tergugat walaupun tanpa Exco daripada PAS.

Maka, di mana yang dikatakan konfrontasi dengan Istana? Perbuatan mana yang dikatakan tidak hormat Tuanku? Jawapannya tidak ada.

Semua proses undang-undang mengikut konsep Raja Berperlembagaan dihormati dengan baik.

Yang tak faham, harap faham.

USTAZ AFNAN HAMIMI DATO’ TAIB AZAMUDDEN
Ketua Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 2/1/2026

- Advertisement -