Melayu diluncur akar nusa, umat Islam tega tauhid

- Advertisement -

Melayu perlu jalur tauhid dengan kembali segera kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW untuk membina kesatuan kerana sengketa dan survival politik Melayu getir dan melemahkan umat Islam. Ini menepati gambaran Rasulullah SAW dalam hadis-hadisnya dan Islam telah menggariskan larangan yang keras kepada umatnya dari mempopulasi khilaf dalam perkara asas agama seperti perkara ‘usul’ malah terbuka dalam membicarakan perkara ranting, iaitu perkara furu’ kerana konsep persaudaraan Islam holistik dan berbeza pandangan adalah lumrah tetapi bukan alasan untuk berpecah belah.

- Advertisement -

Ini kerana suasana politik negara memperlihat DAP tidak meminta jawatan Perdana Menteri (PM) tetapi strategi licik terutama mengugut PMX bahawa DAP akan keluar kerajaan sekali gus kerajaan akan tumbang kerana DAP memiliki kerusi terbanyak dalam kerajaan jika beliau tidak memenuhi permintaan strategiknya.

Bertitik tolak perkembangan kenegaraan mutakhir, penulis mengemukakan pandangan konstruktif dan sintagmatik bahawa negara Malaysia berakar umbi kerajaan Melayu sebelum menjadi wilayah taklukan British sejak abad ke-18. Wilayah British yang pertama ialah Negeri-Negeri Selat. Malaysia Barat atau Semenanjung Malaysia duluannya dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya, mula-mula disatukan di bawah komanwel pada tahun 1946, sebelum menjadi Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948. Pada tahun 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya dan tahun 1963, Tanah Melayu bergabung dengan Sabah, Sarawak termasuk Singapura bagi membentuk Malaysia. Namun tahun 1965, Singapura dikeluarkan dari persekutuan dan menjadi sebuah negara yang bebas.

Terminal kenegaraan atas warganegaranya, massa menunjukkan komposisi kaum di Malaysia dihitung populasi penduduk pribumi, iaitu Melayu dan Orang Asli serta kaum peribumi Sabah dan Sarawak sebanyak 70.4 peratus (2024) merupakan kaum majoriti dan kaum Cina 22.4 peratus, India 6.7 peratus serta kaum lain-lain 0.8 peratus. Dari segi agama pula penganut Islam sebanyak 63.5 peratus dan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Agama lain adalah Buddha 18.7 peratus, Kristian 9.1 peratus, Hindu 6.1 peratus dan lain-lain daripada 35.7 juta berdasarkan bancian penduduk 2024.

Melayu merupakan kumpulan kaum terbesar dan majoriti beragama Islam dan Cina pula menganut agama Buddha, Taoisme, Kristian, dan lain-lain serta kaum India kebanyakannya Hindu, selain Kristian dan Muslim. Etnik lain orang asal, iaitu Orang Asli ialah peribumi di Semenanjung Malaysia dan Pribumi Sabah dan Sarawak, iaitu suku-suku seperti Iban, Kadazan-Dusun, Bajau, Murut, dan lain-lain.

Nama “Malaysia” mula digunakan untuk melabel lokasi yang menjadi Kepulauan Melayu. Namun susur galurnya dibahas sarjana dan penyelidik bahawa “Malaysia adalah gabungan perkataan ‘Malays’ dan akhiran Latin-Yunani ‘-ia’ maknanya “tanah orang Melayu”. Asal perkataan ‘Melayu’ pelbagai teori dan tafsiran titik mula kajian etimologi kata dari bahasa

Sanskrit iaitu ‘Himalaya’ merujuk pada daerah yang tinggi di pegunungan, atau “Malaiyur-pura”, yang bererti kota gunung.

Teori lain mendakwa asalnya terletak pada perkataan Tamil ‘malai’ dan ‘ur’ yang bermaksud “gunung” dan “bandar, tanah”. Ada pandangan berdasarkan peristiwa “Pamalayu” yang bermaksud Ekspedisi Melayu dan dalam bahasa “mlayu” yang bermaksud “lari”, dari sebuah sungai, Sungai Melayu, yang dinamakan kerana arusnya. Variasi yang muncul dalam catatan yang lebih tua dari abad ke-11, sebagai toponim untuk kawasan di Sumatera atau merujuk ke wilayah yang lebih besar di sekitar Selat Melaka.Teks Sanskrit Vayu Purnama yang dianggap telah wujud sejak milenium pertama CE, menyebut sebuah tanah bernama ‘Malayadvipa’ yang dikenal pasti oleh sarjana tertentu sebagai Semenanjung Tanah Melayu.

Manakala catatan dalam Geografi Ptolemy pada abad ke-2 menggunakan nama Malayu Kulon. Namun sumber ini tidak pada titik koordinat kerana latar belakang penciptaan peta abad 2 tidak sepadan dengan titik koordinat, ditambah pula tiada bukti yang mengesahkan bahawa Melayu yang dimaksudkan itu adalah Melayu sebenar, maka ramai pakar yang menentangnya. Dalam Catatan Yijing China abad ke-7 tentang Malayu berasal dari kata Mo-lo-yu, yakni kerajaan Indonesia-kuno di Jambi, Sumatra mencatat bahwa Kerajaan Mo-lo-yu berdiri di Jambi.

Kerajaan Melayu awal mengambil nama Sungai Melayu kerana penempatan di persisiran sungai, dijadikan pengangkutan utama. Ia berkembang apabila kerajaan Melayu menjadi kuasa wilayah seperti Melaka pada abad ke-15. Pengislaman pembesar negara membentuk identiti etnik beragama di Melaka, dengan istilah ‘Melayu’. Portugis menyebut Malayos merujuk kepada orang-orang Melaka yang berkuasa. Keunggulan pedagang dari Melaka menyebabkan ‘Melayu’ bergaul dengan pedagang Muslim, dan proses nature mewujudkan kumpulan budaya dan linguistik yang lebih luas. Melaka diikuti Johor menjadi pusat kebudayaan Melayu, dan kedudukannya disokong oleh Inggeris.

Selanjutnya ekspedisi pelayar dari Perancis Jules Dumont d’Urville ke Oceania pada tahun 1826, dan sarjana Jerman Johann Friedrich Blumenbach telah mengusulkan istilah “Malaysia”, “Mikronesia” dan “Melanesia” kepada Societe de Georgraphie pada tahun 1831, untuk membezakan budaya Pasifik dan kepulauan “Polinesia”. Dumont d’Urville menggambarkan Malaysia sebagai “kawasan yang biasanya dikenali sebagai Hindia Timur”.

Pada tahun 1850, ahli etnologi Inggeris, George Samuel Windsor Earl, menulis dalam Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia, mengusulkan untuk menamakan pulau-pulau di Asia Tenggara sebagai “Melayunesia” atau “Indunesia”. Malaysia memperoleh kemerdekaan dari Inggeris pada tahun 1957 mengguna nama “Persekutuan Tanah Melayu” dari sekian nama seperti “Langkasuka”, sebuah kerajaan bersejarah yang terletak di bahagian atas Semenanjung Tanah Melayu.

Pemerintahan pascamerdeka diterajui UMNO bersama anggota parti Barisan Nasional sehingga hilang kuasa dalam PRU ke-14 akibat korupsi dan kepincangan tadbir urus 1MDB. UMNO kekal rakan kongsi Kabinet kerajaan Madani, tetapi hilang atribut dan karakter sesuai kalimat peribahasa Melayu, iaitu pemimpin “cerdik tidak boleh diikut dan bodoh tidak boleh diajar” yang bermaksud bodoh sombong atau degil tidak mahu menerima nasihat, menggambarkan sikap keras kepala atau bongkak dalam menerima ilmu dan tunjuk ajar. Pujangga mengingatkan agar jangan menjadi dua golongan ini, iaitu bodoh sinonim degil dan cerdik tak boleh tumpang sinonim sombong sebaliknya jadilah orang yang bijaksana yang tahu batas ilmunya, iaitu tahu apabila bodoh dan sedar akan kelemahannya untuk terus belajar.

Orang cerdik yang tiada tanda aras jenama kepecayaan terutama tauhid dilihat memanipulasi ruang, peluang dan keadaan orang sifat penyu atau kura-kura atau orang kepentingan bersama seperti mengguna mahkamah mendapat Discharge Not Amounting to Acquittal (DNAA) atau “Dilepaskan Tanpa Dibebaskan” meskipun puluhan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana institusi atau organisasi.

Begitu juga mendukung slogan atas titah atribut perpaduan atau patriotik menggunakan secara pendekatan retorik untuk memasarkan produk dan akses memanipulasi sumber dalam tadbir urus yang baik, telus, menghapuskan korupsi, pemacuan ekonomi yang mampan serta memberi sepenuh perhatian kepada usaha meningkatkan darjat hidup rakyat sekali gus menghapuskan kemiskinan. Ini menjadi teras kestabilan negara demi kemakmuran dan kesejahteraan penduduk hingga rakyat lena dan leka atas baso basi muluk. Mereka bukan sandaran melaksanakan amanah nusa melainkan musibah umat kerana sejarah tercatat bahawa Si Kitul dan Mandeliar menodai dan punca Melayu ditakluk kuasa luar.

Dari sudut pandang agama Islam meletakkan “brand trust” persaudaraan orang mukmin mencerminkan keutuhan kesatuan umat Islam melalui tauhid yakni keimanan manakala kelemahan dan kehinaan akan menimpa umat Islam jika memilih perpecahan. Rasulullah SAW memberi jalan keluar terhadap kemelut yang melanda umat Islam melalui hadis yang mafhumnya, “Aku wasiatkan kepada kamu agar selalu mendengar dan taat meskipun yang memimpin (secara paksa) adalah hamba berkulit hitam. Namun baginda juga bersabda, mafhumnya, “Sesiapa yang masih hidup sepeninggalanku akan melihat perselisihan yang banyak. Berpegang teguhlah dengan sunnahku dan sunnah Khulafa al-Rashidin. Gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham. Jauhilah perkara bidaah kerana setiap bidaah adalah sesat”, sumber hadis Abu Daud dan al-Tarmizi.

Persaudaraan Islam berdasarkan akidah tauhid di bawah panji Islam, berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah, bagi kebersamaan menegakkan syariat Islam dan memelihara kemaslahatan umat serta menghindari perpecahan akibat fahaman, ideologi dan sesat, serta persengketaan yang tidak berasas melalui kaedah atribut bersatu atau ittihad dalam akidah, akhlak dan visi bersama. Ia berakar dari nas dan dalil Quran, surah al-Anbiya ayat 92, mafhumnya “Sesungguhnya umat kamu (wahai Muhammad) adalah satu umat yang satu, dan Aku (Allah) adalah Tuhan kamu, maka beribadatlah kepada-Ku”.

Dalil hadis Nabi SAW tentang persaudaraan diumpamakan tubuh badan bahawa persaudaraan atau ukhuwah dan menjauhi perpecahan agar kekuatan Islam kekal utuh. Hadis diriwayatkan Bukhari dan Muslim, maknanya “Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam kasih sayang dan sifat kasih-sayang sesama mereka adalah seperti satu tubuh, jika salah satu anggotanya sakit, maka seluruh tubuhnya akan ikut merasa sakit”.

Penyelesaian terhadap perpecahan umat Melayu perlu merujuk hadis baginda Nabi SAW yang diriwayatkan Tarmizi bahawa “Umatku akan berpecah menjadi 73 golongan, semuanya berada di neraka kecuali satu.” lalu sahabat bertanya, “Siapakah mereka, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Mereka yang mengikuti aku dan para sahabatku pada hari itu.”

Perpecahan Melayu berpunca fahaman salah atau ideologi politik dan masalah khilaf. Allah SWT telah melarang perpecahan sesama umat manusia khususnya umat Islam, kerana Islam bukan sebuah agama yang berpecah-belah tetapi menganjurkan kesatuan yang saling membantu antara satu sama lain. Islam menggariskan perpaduan muslim dengan mengekalkan kemasyarakatan umat Islam untuk membina risalah Islam dalam pemerintahan Islam.

Banyak nas dan dalil Al-Quran tentang solusi kemelut umat Melayu, iaitu menegaskan kesatuan akidah dan agama dalam Surah Al-Mu’minun (23: 52), mafhumnya “…sesungguhnya (agama) umatmu ini adalah agama yang satu, sedangkan Aku adalah Tuhanmu; maka bertakwalah kepada-Ku”. Ayat Quran untuk mengukuhkan jemaah apabila kejap keimanan dinyatakan dan Surah Al-Anbiya (21: 92), mafhumnya: “Sesungguhnya umatmu ini adalah satu umat yang satu, dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku.” Selanjutnya sifat perpaduan memetik makna Surah Ali ‘Imran (3: 103), mafhumnya: “Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai…”

Melayu yang bersatu padu akan membentuk bangsa yang kuat dan kukuh agar konsep perpaduan melakar kegemilangan tamadun Islam sekali gus mengulangi catatan silam peradaban Melayu Johor-Riau dan Kesultanan Melaka. Al-Quran memberi suluhan kepada umat Islam untuk mewujudkan dan mengekalkan perpaduan. Firman Allah SWT, mafhumnya “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” Surah al-Ra’d ayat 11 dan Surah al-Anbiya, maksud firman-Nya, “Sesungguhnya ini adalah umat kamu umat yang satu dan Aku adalah tuhan kamu maka beribadahlah (kepada-Ku)”.

Sementara kemelut umat Melayu wujud ada kohensi kasus politik DAP tentang pelantikan dua pemimpin berbangsa Cina bagi portfolio Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan selepas DAP kalah teruk dalam Pilihan Raya Negeri Sabah lalu. Kini mereka kembali ceria pascarombakan Kabinet suatu percaturan bagi mengukuhkan dominasi DAP di Kuala Lumpur dan sketsa UEC di balik layar.

Pemimpin Kanan DAP Hannah Yeoh dilantik sebagai menteri Wilayah Persekutuan di Jabatan Perdana Menteri dan wakil rakyat Tawau, Lo Su Fui (GRS) sebagai timbalan menteri, di sebalik pengekalan jawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming. Namun pemerhati melihat portfolio Wilayah Persekutuan induksi pemusatan kuasa strategik bandar berada bawah DAP menyebabkan ketidakseimbangan kuasa dan hala tuju pentadbiran negara malah melestarikan agenda mengukuhkan dominasi DAP di Kuala Lumpur mahupun pusat bandar utama di negara.

Pada masa sama tiada indikator semak dan timbang tara adil dan telus apalagi kontroversi berkenaan cadangan Akta Pembangunan Semula Bandar (PSB) yang dilihat meminggirkan kelompok penduduk bandar terutama orang Melayu dan kumpulan berpendapatan rendah malah berpotensi kehilangan hak milik mereka. Potensi jurang ekonomi dan prasangka sengketa antara masyarakat dan wilayah yang akhirnya membawa kepada kelunturan nilai kesatuan kebangsaan dalam jangka masa panjang.

DAP dalam Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang juga merupakan portfolio yang bersifat strategik. DAP telah menjawat jawatan menteri dalam 3 kementerian, iaitu Kementerian Pengangkutan, Digital, Kerajaan Tempatan ditambah dua kementerian baru, iaitu Usahawan dan Wilayah akan memberi kesan langsung kepada struktur bandar, dasar digital atau komunikasi, serta hala tuju pentadbiran wilayah dan kerajaan tempatan.

Meskipun kementerian itu mendapat bajet kecil berbanding Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan tetapi penguasaan di kementerian membabitkan pemilikan tanah di bandar-bandar, penguasaan komunikasi baru dan penguasaan dana SME yang melicinkan urusan perniagaan dalam negara.

Umat Melayu yang tega dan konsisten semangat persaudaraan menjalin dan merentas fahaman ideologi parti. Karakter mereka bersaksi pada kebenaran, menegakkan keadilan sejagat, mengelakkan daripada membantu pemimpin dalam perkara maksiat serta menolak untuk melakukan kezaliman dan penindasan terhadap individu muslim demi menggelak pertumpahan darah, mempertahan harta dan maruah.

Oleh itu, tak kan Melayu diluncur di tanah airnya kerana umat Islam tega akidah di samping menjauhi entiti dan individu yang hilang kompas tauhid.

Dr Zulkeflee Yaacob

DR ZULKEFLEE YAACOB
Psikososio @ Pakar Penasihat Wanita Kelantan – HARAKAHDAILY 20/12/2025

- Advertisement -