Tol: Kerajaan negeri diminta jelas hasrat Genting Berhad

- Advertisement -

KUANTAN: Kerajaan negeri diminta memberi penjelasan berhubung hasrat Genting Malaysia Berhad untuk mengenakan tol jalan persendirian kepada kenderaan yang menggunakan Jalan Genting Highland.

- Advertisement -

Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Cheka) berkata, pengumuman tersebut menjadi tular kerana syarikat itu mendakwa pihaknya menangung kos penyelenggaraan tinggi sepanjang 24 kilometer sejak tahun 1960.

Beliau berkata, Kementerian Kerja Raya sebelum ini menjelaskan laluan tersebut milik persendirian, malah ianya berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran Bentong.

“Isu ini ada asasnya kerana dia sendiri membangunkan tanah dia sendiri kemudian dia buat jalan dan penyelenggaraan itu asas diberi, sedangkan jalan swasta atau agensi bila siap mesti serah kerajaan.

“Jadi kalau polisi jalan dia buat dia boleh pasang tol, saya fikir kita boleh buat juga, dia akan jadi masalah besar akan datang, saya fikir keputusan buat tol ini ada risiko kepada pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bangun mencelah pada sesi penggulungan yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan, Dato’ Ir Razali Kassim (BN-Muadzam Shah).

Bagaimanapun beliau tidak mahu mengulas isu tersebut dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang, biarpun mahkamah telah mengeluarkan keputusan yang memihak kepada Genting Malaysia Berhad.

Media sebelum ini melaporkan ada segelintir pihak dan penduduk tempatan mencadang agar syarikat tersebut berunding dengan kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengenakan caj adil. – HARAKAHDAILY 12/12/2025

- Advertisement -