Gencatan senjata Hamas-Israel aspirasi kemanusiaan sejagat

- Advertisement -

Gencatan senjata Hamas-Israel untuk mengakhiri perang dan pertukaran tahanan di antara Israel-Hamas telah dipersetujui sejak 15 Januari 2025. Lanjutannya Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat awal Oktober telah merilis kenyataan bahawa Israel dan Hamas telah mencapai persetujuan banyak perkara dalam pelan gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang dicadangkannya bagi Gaza, tetapi wujud cabaran pelaksanaan yang diakuinya, dipetik laporan media Anadolu Ajans.

- Advertisement -

Proposal yang pertama kali dihasilkan oleh mediator dari Amerika Syarikat (AS), Mesir dan Qatar telah diterima oleh Hamas pada tanggal 5 Mei 2024 dan dipresentasikan oleh Presiden AS Joe Biden pada 31 Mei lalu. Proposal ini merupakan inisiatif dalam tiga tahap, dimulai dengan gencatan senjata selama enam minggu, pembebasan seluruh warga Israel yang disandera di Gaza sebagai imbalan atas sebagian warga Palestin yang ditahan oleh Israel, gencatan senjata permanen, penarikan Israel dari Gaza, dan proses rekonstruksi yang berlangsung dari tiga sampai lima tahun.

Jurucakap Hamas, Hazem Qassem menyatakan bahawa Israel berusaha manipulasi beberapa fasal perjanjian gencatan senjata, iaitu daftar tahanan dan pengunduran tentera Zionis dari Gaza serta menggelak dari perbahasan fasal perjanjian malah upaya tipu daya dan helah apa-apa ketentuan dalam perjanjian itu.

Menurut pemimpin kanan Hamas, Khalil al-Hayya menegaskan bahawa pihaknya menerima jaminan dari AS dan perantara seperti Turkiye bahawa perang Hamas-Israel telah tamat sepenuhnya. Susulannya pembukaan lintasan sempadan Rafah bagi tujuan kemasukkan bantuan kemanusiaan ke Gaza. Beliau juga akan berkordinasi dengan pihak pemegang taruh nasional dan Islam untuk merencana Palestin merdeka, melindungi warganya, meneruskan perjuangan membela nasib sendiri dan negara merdeka dan Baitulmaqdis sebagai ibu kota.

Sebelumnya kenyataan beliau yang tidak mempercayai rejim Zionis walau sesaat dipetik laporan saluran berita Mesir yang dikaitkan dengan kerajaan, Al Qahera News. Beliau menambah tanpa jaminan pemegang taruh, Israel telah melanggar dua gencatan senjata sepanjang perang di Gaza.

Penyataan umum dari pihak Hamas tentang gencatan senjata untuk mengakhiri genosida Zionis Israel di Gaza dengan fasal utama penarikan tentera penjajah, kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza dan pertukaran tahanan. Namun jurucakap Hamas, Hazem Qassem menyatakan bahawa Israel berusaha manipulasi beberapa fasal perjanjian gencatan senjata, iaitu daftar tahanan dan pengunduran tentera Zionis dari Gaza serta menggelak dari perbahasan fasal perjanjian malah upaya tipu daya dan helah apa-apa ketentuan dalam perjanjian itu.

Rincian kesepakatan Hamas dan Israel, iaitu sebanyak 250 tahanan keamanan dibebaskan. Sebanyak 1700 warga jalur Gaza yang tidak terlibat dalam peristiwa 7 Oktober 2023 ditangkap akan dilepaskan, 22 remaja bawah usia 18 tahun dari penduduk Gaza yang tidak terlibat dalam serangan 7 Oktober yang ditahan akan dibebaskan, dan 360 jenazah pejuang Hamas akan dikembalikan ke Gaza.

Kelompok kanan mendesak Presiden Trump, negara penjamin dan semua pihak Arab, muslim dan pihak pemegang taruh global yang relevan untuk memastikan regim Zionis Israel mematuhi sepenuhnya tanpa penundaan terma perjanjian gencatan senjata.

Memetik sumber media Ibrani Israel bahawa rejim Zionis menolak mengembalikan jenazah komandan Yahya Sinwar dan saudaranya serta tahanan seumur hidup yang dibebaskan harus dikirim ke luar negara dan dilarang tinggal di Gaza.

Sementara Trump berkata tiada siapapun dipaksa keluar dari Gaza di bawah plan gencatan senjata sambil menokok pelan telah dimuktamadkan dan selesai. Malah AS telah mengerah 200 tentera dalam pasukan khas ke Gaza dikenali Civil Military Coordination Cell suatu usaha antarabangsa untuk memastikan pelaksanaan fasa pertama perjanjian gencatan senjata Gaza berjalan lancar.

Sehubungan itu, Turki bergabung dengan pasukan misi perdamaian di Gaza dipetik dari sumber Kementerian Pertahanan Turkiye lewat Jumaat minggu pertama Oktober. Angkatan bersenjata Turkiye berpengalaman luas dalam membangun dan memelihara perdamaian.

Namun Ben Gvir, Menteri Dalam Negeri Israel dalam kenyataannya kepada Netanyahu bahawa dia senang tahanan Israel bebas tetapi bukan tahanan Palestin yang dibebaskan dan memberi amaran keras bahawa Hamas perlu dihapuskan jika sebaliknya beliau akan menghancurkan pemerintah Israel. Rakannya Smotrich, Menteri Kewangan menyatakan bahawa Hamas tetap mesti dihancurkan setelah semua tahanan Israel dibebaskan. Mereka merupakan ekstremis Zionis Israel yang menjadi punca kegagalan plan damai sebelumnya. Ini kerana warga Israel dan Palestin bersama-sama meraikan perdamaian di Tel Aviv dengan kelompok orang ramai menangis gembira dan di Gaza warga menyalakan obor dengan penuh kegembiraan dan bersuka ria.

Namun aksi pasca gencatan senjata dalam tempoh terdekat dipihak Israel masih menyita kapal-kapal di perairannya termasuk kapal Indonesia. Kelompok ekstremis Zionis Israel seolah tidak akur plan gencatan apabila suara pejuang di Gaza mendapati serangan masih berlaku melalui rudal, pesawat tempur, dron dan tank terus menyerang daerah di jalur Gaza.

Perdamaian bukan naratif dan sketsa dalam kehidupan yang selesai pada canvas peristiwa tetapi menjadi harapan masa depan warga Palestin selepas 2 tahun perang di Gaza.

Dalam analisis kualitatif di lapangan dikesan Israel kalah perang apabila tenteranya lebih 7000 terkorban dan 25 000 cedera serta cacat dan kehilangan ratusan kereta kebal dan dron, ribuan peluru dan puluhan pesawat tempur. Israel telah kehilangan hubungan normalisasi dengan negara Arab sekali gus pakatan risikan di kalangan negaranya, diplomatik dan reputasi antarabangsa serta imej ultra perkasa dunia hanya mitos di media massa.

Kepimpinan Benjamin Netanyahu telah hilang kepercayaan dan maruah dalam kalangan penduduk tempatan khusus kaum Yahudi dan antarabangsa tentang rancangannya menawan Gaza telah gagal. Ini kerana ribuan kediaman penduduk musnah di wilayah sendiri malah hilang sokongan masyarakat global yang memperlihatkan solidariti kepada Palestin bawah slogan massa “Free Plastine”.

Aspek keselamatan dan kestabilan Israel makin goyah dan bergesel apabila hilang perpaduan dan entiti barisan petinggi berpecah terutama barisan para jeneral dan pegawai elit ketenteraan. Malah hilang stigma tentera perkasa yang tidak dapat dikalahkan menjadi kejutan dalam barisan kepimpinan Israel dan warganya.

Tidak kurang lebihnya teknologi Israel nombor satu di dunia turut dihakis massa apabila hilang kuasa pencegahan di rantaunya kesan daripada masa depan politik agak kabur dan kredibiliti media massa turut hilang di kaca mata global atas laporan berita memihak dan bercanggah prinsip media dan nilai berita. Akhirnya satu generasi telah hilang dalam perang sia-sia tetapi menyaksikan nilai kesabaran warga Palestin suatu hitungan menuai hilang kesabaran masyarakat dunia terhadap Israel.

Oleh itu, usia bukan menghitung angka tetapi sisa usia menuai nilai kemanusiaan atas kongsi hidup untuk kedamaian dan kemakmuran dunia.

DR ZULKEFLEE YAACOB
Psikososio @ Pakar Penasihat Wanita Kelantan – HARAKAHDAILY 11/10/2025

- Advertisement -