
SEMENTARA kebanyakan daripada kita sibuk dengan urusan sendiri, atau asyik menonton perlawanan bola sepak, filem, atau drama bersiri, para pejuang di sana sedang mencipta keajaiban.
Pejuang Palestin umum mereka telah berjaya mendapatkan bom Amerika jenis MK-84 yang tidak meletup. Bom itu kemudiannya diubah suai kejuruteraan secara terbalik (re-engineered) dan dijadikan senjata dalam medan jihad yang digunakan untuk meletupkan sebuah kereta kebal Merkava dan sebuah jentolak berperisai di Gaza.
Operasi ini digambarkan sebagai salah satu serangan paling kuat sejak pertempuran bermula, di mana bom yang telah diubah suai itu mampu memusnahkan kedua-dua jentera tersebut secara hampir keseluruhan, satu kejadian yang dirakam dan disiarkan oleh pejuang Palestin.
Bom MK-84 ialah salah satu bom konvensional Amerika yang paling berat dan paling kuat. Badannya sahaja beratnya sekitar 907 kg dan mengandungi lebih daripada 430 kg bahan letupan tinggi Tritonal. Bom ini biasanya digunakan untuk memusnahkan kubu pertahanan, landasan lapangan terbang, dan jambatan.
Inovasi luar biasa walaupun disekat
Keupayaan untuk menghidupkan semula secara manual bom tersebut dalam keadaan dikepung menunjukkan tahap inovasi ketenteraan yang menakjubkan di Gaza.
Keupayaan para pejuang untuk mengubah alat pemusnah yang ditujukan kepada mereka menjadi senjata balas yang menyerang musuh di tengah-tengah medan pertempuran mereka.
Dianggarkan harga sebuah kereta kebal Merkava 4 adalah sekitar USD3.5 juta, manakala kos jentolak berperisai Caterpillar D9R pula mencecah sekitar USD1 juta.
Ini bermakna, satu serangan ini sahaja telah menyebabkan musuh mengalami kerugian material melebihi USD4.5 juta, selain daripada kerugian nyawa yang diakui oleh media entiti itu selepas letupan besar yang menyebabkan sejumlah besar tentera mereka terkorban di tempat kejadian.
Walaupun bom MK-84 pada asalnya dicipta untuk digugurkan daripada pesawat tempur canggih seperti F-15 dan F-35, hari ini ia digunakan dalam konteks yang sama sekali berbeza.
Tangan-tangan pejuang Palestin telah mengubahnya daripada alat pengeboman udara kepada bahan letupan darat yang tepat (IED).
Operasi ini menunjukkan bahawa perang di Gaza bukan lagi sekadar konflik bersenjata, tetapi ia adalah pertempuran kemahuan, akal, dan kreativiti dalam menghadapi jentera perang yang zalim di bumi yang diberkati itu.
Generasi yang berbeza
Generasi hari ini melakukan perkara yang disangka mustahil oleh dunia, bukanlah generasi yang dibesarkan di pawagam atau di tempat-tempat hiburan.
Sebaliknya, mereka dibesarkan di masjid, dan kesedaran mereka dibentuk melalui majlis ilmu dan helaian buku-buku.
Ini adalah generasi yang menghafal Al-Quran sebelum menghafal nama pemain bola sepak, dan mereka mengenali erti syahid sebelum mengenali nama-nama pelakon.
Mereka bukanlah generasi yang mengukur kehidupan mereka dengan bilangan percutian dan restoran, dan bukan juga generasi yang setiap hari bertanya: “Ke mana kita nak keluar? Apa yang kita nak pakai? Dan berapa ramai gadis yang kita kenal secara haram?”
Mereka adalah generasi yang hanya keluar apabila azan atau kewajipan ibadat memanggil. Mereka memakai perisai dan bukannya perhiasan. Mereka makan daripada hasil keringat tangan mereka, dan mereka berjuang dengan keimanan akal dan hati mereka.
Inilah generasi yang telah membina kebangkitan sebuah umat dari bawah runtuhan, umat yang sedang menantikan pejuang-pejuangnya.
Generasi bumi yang diberkati adalah generasi yang gembira dengan bergambar di sebelah senjata mereka, bukan yang lain daripada itu.

NIK MUHAMMAD NASRI NIK MALEK
Timbalan Pengerusi Lajnah Tarbiah PAS Terengganu – HARAKAHDAILY 9/10/2025











