
ARAK asal kata pinjaman Arab, iaitu araq yang membawa maksud peluh dikaitkan minuman beralkohol khusus daripada anggur dan jintan manis dan bahan lain yang mengandungi etanol menyebabkan rasa mabuk dan meringankan badan. Pelbagai jenis arak seperti khamar, rum, shamsu, scotch, wiski, wine, beer, gin, bitters, margaritta dan lain-lain.
Dalam Islam hukum meminumnya adalah haram kerana suatu minuman ‘kemegahan’ bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik dan menghilangkan fungsi akal normal. Sesetengah mazhab Kristian dan Buddha turut mengharamkan arak. Malah banyak negara, kerajaan mengharamkan penjualan arak kerana berbahaya terutama kepada kanak-kanak.
Meskipun masyarakat Barat, arak suatu minuman kebiasaan untuk dijamukan apabila ada acara keraian dan majlis sosial yang bertujuan menggalakkan selera makan sebelum menu utama atau prajamuan atau arak aperitif dan arak juga menggalakkan pencernaan selepas makan seperti jenis arak brandi dan vermout atau arak digestif.
Selain itu arak sebagai bahan perisa yang mengandung etanol yang dapat melarutkan lemak dan minyak dalam masakan. Malahan tahap asid dalam arak digunakan untuk tujuan menambahkan rasa manis dalam proses memasak hingga cairan dan bahan menjadi sebati. Rasa lemak-berlauk apabila air rebusan daging, tulang dan sayur yang dituainya berasa lazat dan aroma menarik selera makanan.
Di Malaysia isu arak dikaitkan dengan tadbir urus negara yang menimbulkan kegusaran awam terutama masyarakat Islam Melayu yang majoriti sebagai penduduk negara. Pemandu mabuk di jalan raya suatu realiti yang tiada penamat. Hukuman terhadap pemandu mabuk dilevel sebagai kecuaian memandu sahaja dengan dikena hukuman tidak setimpal dengan nyawa pemandu lain apalagi pembunuhan dengan niat atau jarang sekali dikenakan hukuman maksimum, yang kelaziman 3 hingga 10 tahun penjara, denda RM20,000 hingga RM50,000, dan lesen digantung sementara.
Isu hidangan arak dalam majlis rasmi kerajaan melibatkan Datuk Seri Tiong Kim Sing selaku Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dan ahli parlimen Bintulu dari parti PDP Sarawak, iaitu komponen dalam GPS (Gabungan Parti Sarawak) suatu berbahaya pada nilai dan norma penduduk majoriti Islam Melayu.
Untuk rekod beliau sering mencetuskan isu sensitif dan bersilang norma dan etika seperti isu mencampuri operasi Imigresen di KLIA dan video Montaj Tahun Melawat Malaysia 2026 Tak Paparkan Masjid walaupun kuil, gereja dan tokong tersergam dalam video. Isu lain menamatkan perkhidmatan Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia dengan alasan tak sehaluan dan isu Bak Kut Teh Sebagai Warisan Negara.
Di negara asing seperti United Kingdom (UK), British, Cina, India, Pakistan atau Arab pemabuk arak tempat awam boleh dikenakan denda seperti pemandu mabuk dihukum hingga 6 bulan penjara atau denda tanpa had. Mereka dilarang memandu dalam tempoh setahun hingga 3 tahun dan mengulangi kesalahan dihukum maksimum 10 tahun.
Tambahan pemanduan menyebabkan kemalangan maut berpunca mabuk alkohol, dadah dan pemanduan berbahaya menyebabkan kematian dihukum penjara seumur hidup dan denda tanpa had. Lesen memandu mereka juga ditahan hingga 15 tahun, dan kesalahan berulang menyebabkan lesen memandu ditahan seumur hidup atau tanpa hak memohon semula selama 15 tahun. Di sisi lain nama mereka disiarkan tular di media-media tempatan
Penguatkuasaan di jalan raya pula tidak konsisten dan masih wujud budaya selesai di kaunter atau ketirisan dalam skop kemalangan bukan jenayah moral. Sisian lain elemen rayuan, pengaruh pihak petinggi dan perjanjian di luar mahkamah tetapi di UK pemandu dan rakyat protes tunjuk rasa atau demo atas kemalangan maut kerana pengkhianatan pada nilai kemanusiaan.
Oleh itu, arak mengundang mudarat awam di samping masalah kesihatan dan kekacauan dalam keluarga termasuk pemandu mabuk yang perlu dikenakan hukuman berat sebagai pedoman dalam masyarakat.
DR ZULKEFLEE YAACOB
Psikososio @ Pakar Penasihat Wanita Kelantan – HARAKAHDAILY 9/10/2025











