Siapa sebenarnya guna hospital sebagai perisai?

- Advertisement -

BARU kejap tadi, peluru berpandu Iran mengenai salah satu sasaran paling sensitif di Israel iaitu ibu pejabat C4I dan pangkalan Perisikan Tentera (IDF Military Intelligence) yang terletak di Taman Teknologi Gav-Yam, Be’er Sheva.

- Advertisement -

Penting untuk difahami:

Sasaran utama adalah kem tentera dan pusat komando digital Israel, tempat beroperasinya sistem siber, infrastruktur kawalan peperangan, dan operasi risikan.

Pusat ini menjadi nadi sistem perisikan, kawalan digital dan operasi siber IDF dan menempatkan ribuan anggota tentera.

Namun lokasi C4I ini terletak bersebelahan dengan Hospital Soroka iaitu hospital awam yang besar di kawasan itu. Bukan Hospital Tentera.

Maka apabila C4I ditembak misil dan ada letupan kuat, gelombang kejutan (blast wave) dari serangan itu menyebabkan kerosakan pada bumbung dan cermin bangunan hospital, tapi bukan hospital yang disasarkan. Iran serang kem tentera, bukan pesakit.

Macam biasa media Barat dan Eropah mula menyuarakan kononnya ‘Iran serang hospital’. Malah media Malaysia pun dah cover. Media yang malas sekadar quote apa Israel kata.

Cuma mungkin media ni semua terlupa apabila
Menteri Luar Jerman, Baerbock, sebut, 

“Kita tidak malu untuk mensasarkan orang awam dan hospital,” tatkala Israel telah memusnahkan atau merosakkan sekurang-kurangnya 37 hospital di Gaza.

Mungkin media juga lupa ketika Israel mengebom  satu-satunya hospital kanser di Gaza Hospital Persahabatan Turki. Atau ketika mereka juga mengebom hospital di Lebanon dan Hospital Iran di Kermanshah baru dua hari lepas.

Malah sebaliknya dunia Barat berdiam, malah menyokong tindakan Israel. Apa kata mereka?

“Israel punya hak mempertahankan diri itu kata mereka”.

“Israel berkorban untuk ketamadunan moden”.

Hari ini, bila kem tentera Israel diserang di sebelah hospital, dan hospital hanya terkena kesan gelombang letupan, tiba-tiba media Barat dan Eropah nak ajar Iran pasal jenayah perang?

Soalnya sekarang;

Siapa sebenarnya yang guna hospital sebagai perisai manusia?

Siapa yang mula normalisasi serangan ke atas fasiliti kesihatan?

Dunia sedang melihat.

Jangan ada undang-undang antarabangsa yang hanya terpakai untuk musuh Israel, tapi tidak untuk Israel.

Kalau kamu diam waktu Israel bom hospital, kamu tak layak buka mulut sekarang.

Sekian.

Postscript: Gambar hospital persahabatan Turki dibom, satu satunya hospital Kanser di Palestin.

KHAIRUL AZRI – HARAKAHDAILY 19/6/2025

Sumber Asal: https://www.facebook.com/share/p/19SZrR8TAF/

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -