Iran semakin mendekati strategi kemenangan

Sistem pertahanan Israel hanya mampu bertahan 10–12 Hari Lagi

- Advertisement -

MENURUT laporan eksklusif The Washington Post, rejim Israel kini berada dalam kedudukan pertahanan yang semakin rapuh. Sumber-sumber dalam kalangan pegawai pertahanan menyatakan bahawa Israel hanya mampu mengekalkan keupayaan menembak jatuh peluru berpandu balistik Iran untuk tempoh sekitar 10 hingga 12 hari sahaja lagi.

Keadaan ini menimbulkan kebimbangan besar di Tel Aviv, dan boleh menjelaskan strategi Iran yang melancarkan gelombang serangan kecil tetapi berterusan sejak beberapa minggu lalu.

Iran dilaporkan menggunakan peluru berpandu lama atau kurang canggih dalam jumlah kecil biasanya antara 3 hingga 5 peluru berpandu dalam satu gelombang serangan. Namun, tindakan ini memaksa sistem pertahanan Israel untuk melepaskan hingga 10 hingga 15 peluru pemintas setiap kali, sebagai langkah berjaga-jaga.

Yang menarik, pendekatan ini kelihatan sengaja dirancang untuk mengikis stok pemintas Israel secara perlahan-lahan, menjadikan sistem pertahanan udara Israel tidak lagi mampan dalam jangka masa pendek.

- Advertisement -

Strategi ini juga memperlihatkan jurang besar dalam kos operasi antara kedua-dua pihak. Peluru berpandu hipersonik Iran, Fattah-1, hanya memerlukan sekitar USD 200,000 untuk dihasilkan, menurut Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC). Sebaliknya, satu peluru pemintas dari sistem canggih seperti THAAD (yang digunakan oleh AS dan Israel) boleh mencecah USD 12 juta.

Jika 12 peluru pemintas dilancarkan untuk memintas satu Fattah-1, Israel secara purata membelanjakan USD 144 juta untuk menyekat hanya sebutir peluru berpandu hipersonik, dan itu pun tidak semestinya berjaya.

Laporan ini memberi amaran bahawa jika Iran mengekalkan kadar serangan semasa, maka dalam masa dua minggu, pertahanan udara Israel akan berada dalam keadaan terlalu lemah untuk menangani serangan besar-besaran. Pada ketika itu, Iran boleh melancarkan peluru berpandu bahan api pepejal yang lebih canggih, lebih besar, dan lebih merosakkan seperti varian Fattah-2 atau Khorramshahr  tanpa banyak halangan dari sistem pemintas Israel.

Satu-satunya pilihan untuk Israel ialah adalah
mula mencatu peluru pemintas, dengan risiko membiarkan sebahagian peluru berpandu Iran melepasi pertahanan. Mendesak campur tangan langsung Amerika Syarikat, termasuk penglibatan ketenteraan berskala penuh.

Perang ini bukan lagi sekadar tembakan balas antara dua kuasa ia kini menjadi perang ketahanan ekonomi dan logistik. Iran dilihat berjaya memaksa Israel membelanjakan jumlah besar untuk bertahan, sambil mengurangkan kos dan risiko sendiri.

Jika keadaan ini berlarutan tanpa campur tangan luar, masa mungkin memihak kepada Iran  dan ruang udara Israel boleh menjadi medan ujian sebenar bagi kekuatan peluru berpandu hipersonik Iran.

LOVERS OF THE WORLD MILITARY & DEFENCE – HARAKAHDAILY 19/6/2025

Sumber Asal: https://www.facebook.com/share/p/1FoCfSVEky/

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -