Bacaan ke atas mayat yang baru meninggal dunia

- Advertisement -

Soalan:

Ketika seseorang itu baru sahaja meninggal dunia apakah bacaan yang disunatkan kita membacanya?

- Advertisement -

Jawapan:

Ketika seseorang itu baru meninggal dunia maka disunatkan tutup kedua-dua matanya dengan perlahan sambil membaca:

بِسْمِ اللَّهِ وَعَلَى مِلَّةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Ertinya: “Dengan nama Allah dan atas jalan Rasulullah sollallahu alaihi wasallam.”

Berkata Syeikh Ali Syubramallisi:

وَيُسَنُّ كَمَا فِي الْمَجْمُوعِ أَنْ يَقُولَ حَالَ إغْمَاضِهِ : بِسْمِ اللَّهِ وَعَلَى مِلَّةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Ertinya: “Dan disunatkan sepertimana dalam kitab Al-Majmuk bahawa berkata ketika menutup matanya: بِسْمِ اللَّهِ وَعَلَى مِلَّةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.” (Kitab Hasyiah Syubramallisi ala An-Nihayah)

Dan berkata Syeikh Nawawi Al-Bantani:

فَإِذا مَاتَ المحتضر غمض وَيَقُول الَّذِي يغمضه بِسم الله وعَلى مِلَّة رَسُول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم اللَّهُمَّ اغْفِر لَهُ وارحمه وارفع دَرَجَته فِي المهديين واخلفه فِي عقبه الغابرين واغفر لنا وَله يَا رب الْعَالمين وافسح لَهُ فِي قَبره وَنور لَهُ فِيهِ

Ertinya: “Maka apabila telah mati oleh orang yang nazak hendaklah ditutup akan matanya dan berkata oleh yang menutup matanya itu:

بِسم الله وعَلى مِلَّة رَسُول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم اللَّهُمَّ اغْفِر لَهُ وارحمه وارفع دَرَجَته فِي المهديين واخلفه فِي عقبه الغابرين واغفر لنا وَله يَا رب الْعَالمين وافسح لَهُ فِي قَبره وَنور لَهُ فِيهِ

Ertinya: “Dengan nama Allah dan atas jalan Rasulullah sollalahu alaihi wasallam. Ya Allah ampunilah baginya dan kasihanilah dia dan angkatlah darjatnya di dalam segala orang yang diberi hidayah dan jadikan pengganti baginya pada sekelian orang yang telah ditinggalkan dan ampunilah bagi kami dan baginya wahai Tuhan yang mentadbir sekelian alam dan lapangkanlah baginya di dalam kuburnya dan berilah cahaya baginya di dalam kubur.” (Kitab Nihayah Az-Zain)

Wallahua’lam. –  HARAKAHDAILY 14/6/2025

- Advertisement -